Dalam keadaan rakyat malaysia disuruh berjimat cermat, mengubah cara hidup untuk menyerap kesan kegilaan kerajaan menaikkan harga barang-barang keperluan, nampaknya slogan “rakyat didahulukan” yang dilaung-laungkan hanyalah retorik untuk memperbodohkan rakyat Malaysia, terutamanya rakyat bawahan, dan rakyat miskin.

Ini terbukti dengan idea gila Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak mengumumkan projek email satu Malaysia dengan kos perlaksanaan sehingga RM50 juta sedangkan email-email percuma berlambak-lambak boleh didapati di internet sejak mula internet dicipta.

Nampaknya rakyat Malaysia dibohong dan diperbodohkan di depan batang hidung atas nama teknologi, keselamatan berhubung secara langsung. Apa yang tak selamatnya bila rakyat menggunakan email percuma? Permintaan rakyat ditolak ke tepi, projek-projek bodoh dilaksanakan untuk memperbodoh dan menipu rakyat dengan wang rakyat sendiri. Kroni-kroni diutamakan.

Apa yang jelas, ini merupakan satu pembaziran wang rakyat. Kalau wang milik Najib atau Rosmah, tiada siapa yang marah. Wang yang akan digunakan untuk dibazirkan ini adalah wang rakyat Malaysia. Tambah membimbangkan, nampaknya projek ini sengaja diwujudkan untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang memiliki rekod kewangan yang buruk, yang bermasaalah.

RM50 Juta memang tak banyak bagi Perdana Menteri dan orang-orang politik atasan tu yang dah biasa sangat memperabiskan wang rakyat sesuka hati. Namun wang itu sangat besar di mata rakyat bawah, rakyat miskin. Rakyat yang ada otak yang berfikiran rasional tentu sekali akan membantah projek ini kecuali, golongan kaki bodek dan gerombolan songkok tinggi yang memang rela dan bangga diperbodohkan.

Respon dari seorang pembaca di Malaysiakini:

Ada dua sudut pandangan yang akan terjadi dengan projek email 1malaysia yang bernilai RM50 juta nie:

Perkara 1 – Dari sudut Positif: Kebaikannya kepada Rakyat Malaysia boleh terus membuat aduan dan menegur segala kemungkaran kepada Kerajaan 1Malaysia. ( Jika kerajaan membaca dan menerimanya, Alhamdulillah).

Perkara 2- Dari sudut negatifnya, Amat merisaukan sekiranya Kerajaan akan mengunakan platform email yang bernilai RM50 juta ini untuk menghantar ”Email blast” kepada seluruh Rakyat Malaysia untuk menyebar perkara-perkara yang berat sebelah. ( Ini telah jelas terbukti seperti saluran TV, media kawalan kerajaan, radio-radio semua menyebarkan perkara yang BERAT SEBELAH) so tidak mustahil sekiranya email 1Malaysia ini adalah salah satu platformnya. ( Harap jangan terjadi macam ni).

Alangkah baiknya sekiranya media kerajaan dapat mencontohi media seperti Malaysiakini, tidak perlu BERAT SEBELAH. Berani kerana Benar!

– Hanisah Halim

Info lanjut: Malaysiakini.
Source: Milosuam.
+ Respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Update: Apapun menurut Perdana Menteri, wang RM50 juta itu datangnya dari pihak pembangun. Ianya langsung tidak melibatkan duit rakyat. Nampaknya di sini jelas yang ini bukanlah projek menggunakan duit rakyat, tapi hanyalah duit untuk rakyat.

OHTIDAK: WALLAHUALAM.

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Bom Jatuh Dari Bumbung

Oh! Ajaran Sesat Ayahanda


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *