Kami menerima email beberapa keping gambar kereta konsep yang sudah mula melakukan test drive di atas jalanraya. Ianya dijumpai di highway dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu. Nak kenal mudah sahaja kerana kereta yang masih dalam percubaan, akan ditampal dengan pelekat (slided tape) bagi menutup rupa sebenar kereta. Melihat dari nombor siri’nya yang bermula dengan B dan berakhir dengan A juga, rasanya itu memang kereta terbaru daripada Proton.
Masih ingat lagi bagaimana misterinya Proton Exora beberapa tahun lalu? Untuk rujukan, gambar di bawah ini adalah gambar lama sewaktu Proton Exora melakukan percubaan pemanduan di atas jalanraya. Lihat pada nombor sirinya yang juga bermula dengan B dan berakhir dengan A.
Jadi kami di Oh! Tidak amat pasti yang gambar-gambar yang dipaparkan ini nanti, adalah kereta terbaru keluaran Proton.
Nampak macam menarik. Tapi persoalannya, kereta apakah ini? Anda tahu?
+ Terima kasih kepada pembaca Oh! Tidak yang mengirimkan gambar ini iaitu Hajarul Aishah.
+ Respon pembaca di Facebook Oh! Media.
OHTIDAK: APA YANG PASTI, MALAYSIA BOLEH, PROTON JUGA BOLEH!
Comments