Categories
Gila Kemalangan

Oh! Pelajar tahun 1 dibelasah guru sampai mati


ZIARAH… guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar, petang semalam.

Apa nak jadi. Kebanyakkan kisah yang kita dengar jika melibatkan pergaduhan dan selalunya belasah sampai mati, agak kerap kali berlaku di Sekolah Agama. Ke mana perginya sahsiah diri pelajar dan guru dan ke mana perginya segala pengajaran agama yang diberi sehingga begitu mudah melakukan sesuatu mengikut nafsu peribadi.

Apapun bagi kami, itu normal. Nama pun sekolah agama dan pastinya lebih banyak iblis dan syaitan yang cuba menghampiri tempat-tempat sebgitu untuk terus menyesatkan umat manusia.

Dan kejadian baru-baru ini melibatkan seorang pelajar tahun 1 iaitu Saiful Syazani Saiful Sopfidee yang dibelasah sehingga koma oleh guru sekolahnya atas sebab dituduh mencuri wang RM7 milik rakan sekelas mangsa. Paling menyedihkan, apabila pelajar tersebut yang ketiadaan ibu dan juga anak tunggal menghembuskan nafas terakhir di ICU akibat pendarahan dalaman.

Bayangkan, hanya kerana RM7, tergamak guru tersebut meragut nyawa budak yang baru ingin kenal dunia. Kalau benar guru tersebut bersalah, harap hukuman yang setimpal dapat diberikan kepadanya agar menjadi contoh dan pengajaran kepada yang lain.

Berita penuh:

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Metro.

+ Gambar dan artikel ehsan dari Metro.
+ Respon pembaca di Oh! Media Fanpage.

OH! TIDAK: RASANYA CIKGU NI SALAH APPLY SEKOLAH NI. PATUT BUKAN APPLY MENGAJAR SEKOLAH AGAMA. TAPI MENGAJAR SEKOLAH TINJU ATAU MENGAJAR BANDUAN KAT PENJARA BARU SESUAI KOT.

UPDATE: TIMBUL BEBERAPA BLOG YANG MENULIS KISAH SEBENAR DISEBALIK KEJADIAN INI. NAMPAKNYA, MEDIA (HARIAN METRO) SENGAJA MEREKA-REKA PELBAGAI CERITA UNTUK MENYEDAPKAN CERITA MEREKA YANG AKHIRNYA MEMBUATKAN KITA MENGHUKUM GURU TERSEBUT TANPA SEBARANG SIASATAN LAGI. IKUTI KISAH PENJELASAN YANG LEBIH JELAS DI WEBSITE INI. {klik di sini}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *