Categories
Superb!

Oh! Petronas Malaysia Grand Prix 2011

Berapa ramai pembaca Oh! Tidak adalah penggemar perlumbaan kereta paling terunggul di dunia iaitu Fomula 1? Kami rasa semestinya ramai terutamanya kaum lelaki. Walaubagaimanapun, kaum wanita tidak ketinggalan dan turut bersama turun padang ke Litar Sepang setiap kali berlangsungnya F1 di sana.


* Satu dari empat teaser F1 dari Petronas. Simple but nice!

Lihat sahaja tahun lalu, di F1 exhibition sahaja telah berjaya menarik beribu-ribu peminat kereta lumba dan Formula 1 tanpa perlu memikirkan sebarang daya tarikan lain. Ramai yang sanggup beratur lebih dari 3 jam semata-mata ingin bertemu dengan pelumba pujaan mereka. Ini tak pelik sebenarnya kerana setiap orang ada minat dan alasan sendiri kenapa sanggup berbuat begitu. Dalam apa yang kita puas, kepuasan diri adalah paling penting untuk dicapai dan dihargai lebih-lebih lagi bila bukan semua orang berpeluang untuk berbuat sebegitu.

Kepada yang berminat tapi terlepas pada tahun lepas dan sebelumnya, jangan risau kerana tahun pasti anda dapat melakukannya di Petronas F1 Exhibition 2011.

Contest

Cara termudah untuk menjadi antara satu dari beribu peminat F1 di luar sana, adalah dengan menyertai Facebook contest yang teramat mudah dari Petronas ini. Mudah sahaja.

– Korang hanya perlu ambil gambar seolah-olah korang adalah pemandu kereta F1. Pakailah apa-apa helmet pun dan ambil lah gambar sekretif mungkin untuk menjadi antara pemenang paling bertuah ini. Senang bukan? (sekadar idea kami)

– Hadiah dia bukan sekadar menyaksikan perlumbaan Formula 1 secara live depan mata, malah dapat berjumpa dengan para pelumba F1 secara in-person.

– Contest bermula hari ini sehingga 5 April 2011.

Atau datang je sendiri ke Pertonas F1 Exhibition di tingkat 2, KLCC pada 2 April 2011 sehingga 10 April 2011. Oh ya, kalau nak jumpa Schumacher dan Nico, mereka akan berada di sana untuk sesi bertemu peminat pada 6 April 2011 nanti.

Apa yang ada di F1 Exhibition tersebut? Hurm, tentulah segalanya mengenai dunia F1 seperti daily trivia, pelbagai jenis buah tangan (merchandise) untuk dibawa pulang, pameran kereta lumba F1 dan juga F1 car simulators yang bakal membuat pengunjung teruja kerana seolah-olah merasai pengalaman membawa kereta F1 di litar.

Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi info menarik mengenai F1 dan Petronas Exhibition ini, layari Fanpage mereka di Facebook.

+ Facebook page Petronas Motorsports.

Untuk melihat pelbagai video menarik mengeni F1 dan juga kesemua empat promo seperti dua yang telah kami letakkan di entri ini, boleh ke Fanpage mereka dan pilih menu Youtube.

OHTIDAK: SELALUNYA ORANG YANG TAK MINAT F1, BILA DATANG KE EXHIBITION MACAM NI, TERUS AKAN MEMINATI F1. ATAUPUN MEREKA YANG PERNAH KE DATANG SENDIRI KE LITAR MENYAKSIKAN PERLUMBAAN DI DEPAN MATA, BARU TAHU BETAPA TERUJANYA MELIHAT KECANGGIHAN TEKNOLOGI JENTERA LUMBA MELINTAS SENDIRI DI DEPAN MEREKA. NENGOK DI TV MANA ADA FEEL BETUL TAK?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *