Dari dulu lagi kami pelik melihat tarian poco-poco ini. Entah siapa yang bawa budaya ni masuk ke Malaysia pun, tak pula kami ketahui. Main belasah je. Apa yang orang putih buat, dia pun buat. Paling menyedihkan, ramai yang berjoget poco-poco ni adalah orang-orang yang berumur dengan rasa bangga tanpa ada rasa malu kepada masyarakat yang melihat (kerana ianya dilakukan secara terbuka).
Paling menyedihkan, selalu kita lihat artikel atau cerita mengenai isteri yang lebih mementingkan poco-poco’nya daripada keluarga. Biar anak tak makan, asalkan tak terlepas jadual untuk berpoco-poco beramai-ramai. Kalau nak kata menyihatkan, bertimbun senaman lain yang lebih menyihatkan.
Apa pendapat anda?
Comments