Categories
Ada Apa? Sengal

Oh! ‘Sukan Terbaik Hanya di RTM’ hanya gah pada nama


* keratan akhbar dari Kosmo Online.

Kami sendiri di Oh! Tidak dan Oh! Media memang perasan tentang perkara ini. Tapi kami buat tak ambil port sahaja. Rumah kami ada Astro dan memang tiada masalah baru-baru ini untuk menonton perlawanan akhir Badminton antara Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei. Tetapi habis sahaja perlawanan antara pasukan Denmark dan pasangan beregu negara kita, kami terpaksa keluar rumah kerana ada sedikit hal dan terus menuju ke rumah member.

Rumah member kami tiada Astro jadi kami beranggapan tidak mengapa, dah tentu RTM ada menayangkan live di TV1. Tapi tanggapan kami meleset yang membuatkan pada malam itu, langsung tak dapatlah kami menonton LIVE. Isu ini kami diamkan sahaja, tetapi kami menerima banyak feedback dari pada followers Oh! Media. Berikut antara satu contoh email yang kami terima.

Dari email yang kami terima:

Hi Oh! Media. Rakyat Malaysia ramai yang sdg bercakap sana sini mengenai isu yang sedang hangat diperkatakn tentang hak penyiaran sukan oleh RTM. RTM terus gah dgn SLOGAN ‘Sukan Terbaik Hanya di RTM’..ttpi itu semua hanya indah khabar dr rupa..bukan hanya isu penyiaran bola sepak tempatan smata2 tp jg mengenai plawanan sukan bsar dn btaraf dunia spt Badminton,basikal trek yg mlibatkn atlit negara di kelompok dunia..

bg sy isu ini mybe tdk lah sensitif sgt,tp bg kami rakyat semestinya mahu yg terbaik sbgai peminat sukan tanahair,tdk kira lah apa2 sukan skali pon.. harap Oh media! dpt ketengahkan isu ini dgn memberi ulasan yg terbaik..spt kita semua tahu,tdk semua rakyat kita bkemampuan utk melanggan ASTRO.. thankz OH media!

Pejuang sukan tanah air,
MARK DEAN

Pada pendapat kami di Oh! Media, RTM tak payah la pakai slogan “Sukan Terbaik Hanya di RTM” lagi kalau dah semua sukan-sukan besar ditayangkan di Astro. Even bola sepak tempatan kita juga, semuanya dah beralih kepada Astro. Lebih-lebih lagi bila Astro mengeluarkan modal berjuta-juta ringgit semata-mata untuk menjadi penaja rasmi bola sepak Malaysia. Siapa nak menaja kalau bukan kerana ada udang disebalik batu kan?

Kami tak kisah sangat sebenarnya kerana kami adalah pelanggan Astro. Tapi kami sedar, ramai peminat sukan Malaysia di luar sana, tidak mampu untuk melanggani Astro atas sebab-sebab tertentu. Jadi mana perginya tanggungjawab kerajaan kita untuk menayangkan sukan negara sendiri di TV siaran percuma kerajaan?

Apa respon anda mengenai hal ini?

+ Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia.
+ Respon pembaca di Oh! Media Fanpage.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *