Categories
Superb!

Oh! Selipar Pengaruh Laman Sosial

Kalau korang biasa ke Danau Kota atau Downtown Cheras, pemandangan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa lagi. Selipar Facebook, Twitter, Youtube, Yahoo, Google dan pelbagai lagi yang akan datang. Trend selipar laman sosial ini sememangnya mendapat sambutan yang amat hangat menurut seorang brother yang sempat pihak Oh! Tidak tanya semasa berkunjung ke Danau Kota minggu lalu. Kami juga telah banyak kali post gambar selipar laman sosial ini di Fanpage Oh! Media.

Selipar ini kalau korang perasan, telah mematikan zaman popular Crocs. Kalau dulu kedai jual baju pun sibuk nak jual juga kasut Crocs, sekarang tidak lagi. Sekarang kasut Crocs kian sukar dicari. Kalau ada pun, memang jual murah-murah. Ada kami perasan RM10 untuk 3 pasang.

By the way, selipar laman sosial ini made in Thailand. Tapi apa yang peliknya, semasa kami ke Bangkok bulan lalu dan berjalan ke Downtown/Uptown mereka, langsung tak pernah jumpa selipar macam ni. Mungkin mereka hanya buat untuk dikeluarkan ke pasaran luar. Ini kalau Facebook, Twitter, atau jenama yang lain tu tahu jenama mereka digunapakai untuk keuntungan, mati hidup semula la tokey tak mampu nak bayar saman. Hehe.

Dan di atas ini satu lagi selipar yang kian menjadi trend anak muda iaitu Fipper. Kedua-dua selipar ini rekaannya tidak ubah hanya seperti selipar jepun, tapi oleh kerana di atas selipar tersebut tercetakknya jenama yang menjadi bualan ramai, menjadikan selipar ini “nampak mahal” dan tiada masalah untuk dipakai ke mana-mana sahaja.

Apa pendapat anda?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *