Kami menerima email dari seorang tentera sendiri menyatakan betapa kecewanya dia dengan sikap-sikap dan mentaliti rakyat negara ini kepada pasukan tentera. Jika ada yang masih tidak tahu, bermula Jumaat sehingga Ahad lalu, pihak ATM telah mengadakan pameran besar-besaran di Dataran Merdeka untuk dikunjungi rakyat Malaysia diseluruh negara.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, pameran tersebut mengundang kesesakkan jalan yang agak teruk disekitar Kuala Lumpur lebih-lebih lagi apabila beberapa buah kereta kebal hendak dibawa ke satu tempat ke satu tempat yang lain. Kami sendiri semalam, semasa ingin ke Pandan Indah dari Bangsar, terpaksa melalui kesesakkan yang amat teruk berdekatan dengan Muzium Negara. Walaupun ingin cepat kerana ada urusan penting, masih ada lagi rasa menghormati dengan apa yang cuba dilakukan pihak tentera. Mengapa ada segelintir rakyat Malaysia begitu biadap sekali sehingga menyamakan pihak ATM sebagai..

Di manakah rasa hormat atau mungkin sekadar menghargai kepada mereka yang bersedia 24 jam bagi menjamin negara ini selamat dari sebarang anasir luar yang sentiasa menanti masa menyelerakkan negara ini? Hati-hati dengan statement di dalam Facebook. Kami sekadar mewakili pihak ATM yang nyata kecewa dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang sebegini.

OHTIDAK: SEBAB TU AMBIL TAHU APA-APA EVENT YANG BERLANGSUNG DI MALAYSIA ATAU AT LEAST, DI KUALA LUMPUR. JADI BILA TAHU ADA PEMERAN MACAM NI DAN NAK CEPAT SANGAT, BOLEHLAH IKUT JALAN LAIN. TAKDELAH NAK MEMAKI HAMUN MACAM TU LAGI LEPAS NI.

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *