Categories
Gila

Oh! Pembunuh Kucing Memohon Maaf

Beberapa hari lalu, Oh! Media ada mengeluarkan link video seorang tomboi yang membunuh beberapa ekor anak kucing tanpa sebab yang diketahui. Jika anda terlepas, klik link ini untuk ke post yang kami keluarkan.

Wanita tersebut dikehendaki kerana telah memukul dan memijak-mijak beberapa ekor kucing sehingga mati (dirakamkan oleh CCTV di Serdang). Anda boleh melihat gambar-gambar dan video tersebut.

Kemudian, gerakan mencari wanita ini dilakukan secara besar-besaran di Facebook termasuk dengan kerjasama Oh! Media sendiri. Akhirnya, pemunuh ini dijumpai hasil penyiasatan hebat pemakaian yang dipakai ketika dirakam dan juga pemakaian yang dipakai pada gambar di Facebook (kantoi bodoh).

Oleh kerana tidak tahan dengan tekanan dan beberapa ugutan yang diterima melalui panggilan telefon, wanita ini (tomboy) akhirnya mengaku salah dan mengeluarkan permohonan maaf melalui satu salinan surat yang dicetak dan juga keluar di berita NTV7.

Surat permohonan Maaf


* klik gambar untuk saiz sebenar.

Video permohonan maaf di NTV7

Padan muka engkau. Nanti, kucing tu pulak pijak-pijak kau ya tomboi. Puii!!

+ Respon pembaca di Fanpage Oh! Media.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *