Categories
Ada Apa?

Oh! Laman 1Malaysia digodam sekali lagi

Kami pernah mengeluarkan berita mengenai laman web yang gah di akhbar tempatan dan pernah juga dipromosi Oh! Media beberapa bulan lalu iaitu 1malaysia.com melalui entri ini di mana mereka telah digodam oleh pihak hacker Indonesia (Devilzc0de). Kejadian tersebut berlaku kerana dikatakan pengusaha laman 1malaysia tersebut telah mencabar pihak hacker untuk menggodam website mereka jika mampu. Dan hasilnya, website mereka tersunggkur ke tanah tanpa sebarang penjelasan.

Selepas khabar angin yang website tersebut akan ditutup dan domain’nya akan dijual mula tersebar, akhirnya mereka menepis semua khabar angin tersebut dan mengeluarkan kembali website mereka kepada umum mungkin dengan security yang lebih bagus berbanding biasa. Dan malam ini (malam 12 Februari 2011), mereka digodam lagi. Kali ini, mesej berikut ditinggalkan.

Oleh kerana perkara yang sama berulang kembali, kami merasakan reputasi mereka sebagai sebuah website sosial sepenuhnya milik Malaysia telah tercalar teruk bila mana ramai yang menjadi ahli di sana sudah tidak lagi percaya mengenai kewibawaan mereka untuk menjalankan website yang serba sedikit menyimpan data peribadi pengguna website mereka. Apapun kami harap mereka dapat bangun semula dengan semangat dan tentunya, sekuriti yang lebih hebat berbangin sebelum ini. Good luck.

+ Kredit untuk Amanz.My dan Ellyaria90 (via Twitter).

OHTIDAK: DALAM DUNIA INTERNET, TIADA MANA-MANA INTERNET YANG 100% BERANI CLAIM SISTEM MEREKA SELAMAT DARI DIGODAM.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *