Categories
Gila

Oh! Lambang Segitiga dan Mata Illuminati pada design RM1?

Kami bukanlah bijak pandai mengenai soal Illuminati atau Freemason ini, tapi terlalu banyak laporan yang dihantarkan kepada email Oh! Media berkenaan design RM1 ini. Dan kami pasti, anda semua sendiri telah sedia maklum mengenai isu freemason yang terlalu banyak diperkatakan. Apa yang pasti, kita semua tidak tahu siapa yang design note RM1 ini. Anda tahu? Jika tahu berkongsilah dengan kami.

rm1-freemason-1

Dari sedikit ujikaji yang kami lakukan sendiri kepada wang kertas RM1 ini, tuduhan yang diperkatakan terbukti benar. Terdapat simbol segitiga beserta mata di dalam segitiga tersebut. Jika anda suluhkan lampu di bahagian wajah agung, maka Segitiga akan dapat dilihat dibahagian belah kanan wau dan bayang mata kiri agung, akan menjadi mata untuk segitiga tersebut.

rm1-freemason-2

Sememangnya logo-logo seperti ini tidak sesekali akan melemahkan iman sesiapa sahaja. Cuma setiap yang berlaku, pasti ada sebabnya mengapa ia diwujudkan walau dalam keadaan penuh tersirat.

Suratan atau kebetulan?

OHTIDAK: APAPUN TANGGUNGJAWAB KAMI UNTUK MENGHEBAHKAN DAN MENGINGATKAN ANDA TELAH KAMI LAKUKAN. SELEBIHNYA, TERPULANG PADA PENERIMAAN ANDA SEMUA. ASSALAMUALAIKUM 🙂


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *