Untuk sesiapa yang menetap di Kuala Lumpur, buat masa ini, kalau nak online dari luar tempat kerja atau rumah, korang perlu ke McD, Old Town, KFC atau sebagainya untuk online. Itu jika korang tak subscribe data plan atau sebagainya. Dan kalau nak makan murah-murah sikit sambil online dari tempat-tempat macam tu, tentulah tempat yang korang tuju adalah mamak yang menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kan?
Tapi buat masa ini, bukan semua mamak atau restoran lain di Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan WiFi. Akan tetapi pada tahun 2012, kesemua restoran di Kuala Lumpur akan diwajibkan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma di premis mereka.
Terima kasih kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail kerana merealisasikan perkara ini.
Dan berikut adalah petikan akhbar KOSMO, 28 Januari 2011 lalu.
Nampaknya, impian mereka-mereka yang rajin online di luar kerana jemu dengan suasana di pejabat atau rumah, akan menjadi kenyataan. Apapun, diharapkan selepas ianya direalisasikan nanti, tolong pantau mengenai connection mereka pula. Kalau ada WiFi, tapi connection lembap macam siput, baik tak payah.
OHTIDAK: DI MANA ADA WIFI, DI SITU’LAH OFFICE KAMI DI OH! MEDIA! KERANA KAMI TAK SUKA UNTUK ONLINE DI DALAM PEJABAT SECARA FORMAL WALAUPUN KAMI MEMPUNYAI PREMIS PEJABAT SENDIRI. IANYA LEBIH MENARIK (LIHAT SKOP KERJA ANDA JUGA)
Comments