Categories
Ada Apa?

Oh! Laman 1malaysia.com mungkin tinggal kenangan

Mungkin ramai yang dah sedia maklum, petang semalam ramai yang meninggalkan mesej kepada kami mengenai website 1malaysia.com yang telah di’hack. Dan berita tersebut terus tersebar di segenap ruangan blog di Malaysia.

1malaysia-hacked

Oh! Media adalah salah satu platform media utama yang cuba mengangkat laman website ini melalui internet. Di samping itu, pihak akhbar juga turut serta memperkenalkan website ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Apa yang tidak enaknya, bila ada pihak lain cuba untuk menjatuhkan website ini. Dan dalang awal’nya kami jangka mungkin adalah kerja orang Malaysia sendiri sebelum website tersebut tersunggur digodam oleh hackers dari Indonesia.

1malaysia-hacked

Mesej ini ditinggalkan di halaman web Devilzc0de, si hacker yang berjaya menjahanamkan website 1malaysia ini. Dan apa yang pasti, ianya bukan datang dari pihak pentadbir website 1malaysia tetapi dari pihak lain yang mencabar mereka-mereka di Devilzc0de untuk cuba menggodam laman web 1malaysia. Dan akibatnya diterima laman 1malaysia.com dan mereka terus kecundang.

1malaysia-hacked

Agak kasihan dengan website yang baru cuba untuk membangun dalam masa 1 minggu, terus rosak segalanya. Tak tahu lah kalau-kalau mereka ada buat backup data-data yang ada. Tapi apa yang lebih menyedihkan, dalang-dalang yang mencabar Devilzc0de itu, sememangnya berperangai menyedihkan.

+ Gambar ehsan dari amanz.my dan hendrastar.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *