MERSING – Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan.

Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.

Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.

“Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.

“Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

OHTIDAK: GAMBAR KAT ATAS TU WE ALL DAH RESIZE BIAR MUAT MASUK OHTIDAK. SO KUALITI AGAK TERUK. SAIZ GAMBAR SEBENAR ADALAH SEPERTI DI BAWAH.

WALLAHUALAM.

Related Posts

Oh! Rumah Dalam Tandas

Oh! Budaya Gantung Patung Bawah Kereta

Oh! Kek Manusia

Oh! Beruang Tersangkut Di Tebing Jambatan

Oh! Tradisi Makan Serangga

Oh! Koleksi Kemalangan Tak Masuk Akal


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *