Melalui tontonan video di atas, Karam Singh Walia diminta membuat pengakuan bersalah dan meminta maaf kepada orang melayu. Ini kerana beliau ada berkata bangsa melayu bukan berasal dari Malaysia dan juga bukan berasal dari Indonesia. Ada kemungkinan besar beliau sedang mabuk ketika membuat pernyataan tersebut. Mengenai perkataan sakai dan lancau pula aku kurang pasti sebab Karam Singh Walia tak mengaku ada sebut perkataan tu.

Rata-rata ramai yang komen melalui forum dan juga youtube bukannya tidak berpuas hati dengan Karam Singh Walia, tetapi dengan perlakuan anak muda melayu di restoran tersebut yang kelihatan agak melampau dan biadap. Setiap perkara pun boleh dibawa berbincang tanpa menggunakan kekerasan. Tunjukkan adab sopan dan santun bangsa melayu kepada bangsa lain.

Sepertimana yang kita tahu, Karam Singh Walia merupakan seorang pejuang alam sekitar dan sering membawa isu rakyat yang tidak mendapat pembelaan ke media masa bagi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Beliau telah banyak berjasa pada rakyat, setiap manusia pun pernah membuat kesilapan. Paling penting beliau berani untuk mengaku dan meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan. Tak perlu rasanya diperbesarkan isu ini, tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Restoran Al-Bidayah Andalas, Klang. Ada sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan yang dapat memastikan kejadian ini? Pendapat anda pula mengenai isu ini bagaimana?

Karam Singh Walia ni agak menyerlah berbanding wartawan yang lain kerana beliau mempunyai trademark yang tersendiri iaitu pergerakan tangan dan pantun. Oleh itu aku sudahi penulisan kali ini dengan pantun dua kerat ciptaan Karam Singh Walia.

Rumah terbakar nampak asapnya,
Hati terbakar siapa tahu.

Kredit artikel untuk: Ezany Kun. Disunting oleh Oh! Tidak.

OHTIDAK: AMAT MELUAT DENGAN SAMSENG-SAMSENG MELAYU SEPERTI VIDEO DI ATAS. ITULAH DIA ORANG MELAYU KITA SIKIT-SIKIT NAK AJAK BERGADUH! BERTUMBUK! OTAK MASING-MASING KAT LUTUT. BENDA BOLEH BUAT BINCANG, KASI BINCANG LA DER. NAK TUNJUK KEKUATAN, SEBENARNYA KEBODOHAN YANG LEBIH TERSERLAH. BERBANDING MEREKA DENGAN KARAM SIGNH, JAUH LEBIH BESAR SUMBANGAN KARAM UNTUK BANGSA MELAYU DAN SELURUH BANGSA MALAYSIA BERBANDING OTAI-OTAI KAMPUNG ITU.

Related Posts

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan

Oh! Atuk Dan Nenek Gangster

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Bom Jatuh Dari Bumbung

Oh! Ajaran Sesat Ayahanda


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *