Kami menentang gerakan yang memanggil diri mereka Seksualiti Merdeka. Berdasarkan laman web mereka, sudah jelas tujuan penubuhan mereka. Berikut merupakan sedutan dari laman web mereka:

“Seksualiti Merdeka is an annual sexuality rights festival held in Kuala Lumpur, and represents a coalition of Malaysian NGOs & individuals. Apart from the annual festival, we also organise workshops, talks, film screenings, letter writings. Merdeka is Malaysia’s Independence Day, so Seksualiti Merdeka means “Sexuality Independence”. We use this term to highlight the fact that even all these years after our independence, not all Malaysians are free to be who they are.

We believe that everyone in Malaysia deserves to be free from discrimination, harassment and violence for their sexual orientations and their gender identities. We believe it is our right to be responsible for our own body. We believe everyone is entitled to the freedom to love and the freedom to be, whether gay, lesbian, bisexual, transgender, intersexed, straight, asexual, pansexual, or simply fabulous.”

Diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia:

“Seksualti Merdeka merupakan festival hak seksualti tahunan yang dianjurkan di Kuala Lumpur dan mewakili sebuah barisan NGO-NGO Malaysia dan individu. Selain daripada festival tahunan, kami juga menganjurkan bengkel, ceramah, tayangan filem, penulisan surat. Merdeka ialah Kemerdekaan Malaysia, maka Seksualiti Merdeka bermakna “Kebebasan Seksualti”. Kami menggunakan perkataan ini untuk menggariskan bahawa walaupun sudah bertahun-tahun merdeka, tidak semua rakyat Malaysia bebas untuk menjadi siapa yang mereka mahu.

Kami percaya bahawa semua orang di Malaysia haruslah bebas dari diskriminasi, pencabulan dan keganasan hanya kerana orientasi seksual mereka dan identiti jantina mereka. Kami percaya seluruh manusia berhak mendapat kebebasan untuk mencintai dan kebebasan unutk menjadi, samada gay, lesbian, biseksual, transgender, khunsa, heteroseksual, tiada miant dalam seks, panseksual atau hebat.”

Dan ini video salah seorang dari mereka yang bertanggungjawab membangunkan kumpulan tersebut.

Maka sudah jelas bahawa “Seksualti Merdeka” atau SM bertujuan untuk memperjuangkan hak golongan-golongan yang berorientasikan seks di luar norma fitrah manusia. Inilah tujuan sebenar mereka!
Walaupun mereka menyebut tentang semua golongan, tetapi itu hanyalah untuk mengaburi mata masyarakat tentang tujuan utama penubuhan SM.

Kita tidak mahu golongan-golongan ini mendapat tempat di dalam masyarakat dan dipandang sebagai “normal”. Ini kerana ia akan mewujudkan salah tanggapan bahawa kegiatan homoseksual atau transgender ini suatu perkara yang tidak salah. Walhal di dalam Al Quran telah menyebut tentang kaum Nabi Luth yang diazab oleh Allah SWT:

Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelak iuntuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.” ( Al-A’raf:80-84).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Janganlah kita mempersoalkan mengapa Allah tidak membenarkan hubungan seksual antara lelaki dan lelaki kerana sudah jelas dalam ayat di atas. Maksud Hadith:

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Maka sudah jelas sekali Allah mengharamkan perbuatan homoseksual!

+ Dipetik dari Kumpulan Anti Seksual Merdeka di Facebook.

OHTIDAK: DIHARAP PIHAK BERKUASA MENGAMBIL TINDAKKAN KEPADA MEREKA-MEREKA YANG MENJADI DALANG MEMBANGUNKAN KUMPULAN-KUMPULAN SESAT SEPERTI SEKSUALITI MERDEKA INI. MATLAMAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA YE PARA GAY & LESBO SEKALIAN. KAMI SEDIH BILA GOLONGAN GAY BERAGAMA ISLAM NI MENGAMBIL NASIHAT DARI MEREKA YANG BUKAN ISLAM. KENAPA TIDAK MEMINTA NASIHAT DARI TOK IMAM DI MASJID BERDEKATAN? ADUHAI.

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *