Malam semalam (13 Disember 2010 jam 11 malam), semasa beberapa krew Oh! Tidak dalam perjalanan ke Uptown Danau Kota, kami terserempak dengan satu kemalangan yang membabitkan sebuah van (peniaga di Uptown) dan juga sebuah Proton Wira. Kejadian ni betul-betul berlaku tidak sampai 100 meter dari persimpangan masuk ke Uptown Danau Kota. Dan kami pun apa lagi, terus snap la buat jadi bahan di Oh! Tidak ni.
Dari maklumat beberapa orang yang ada ditempat kejadian, dikatakan kereta Wira yang meluncur laju dari arah pusat bandar itu melanggar belakang van tersebut. Pelanggaran tersebut membuatkan kedua-duanya hilang kawalan. Malang buat van tersebut apabila terbalik beberapa kali namun pemandu hanya mengalami cedera ringan. Pemandu Wira dikatakan telah dikejarkan ke hospital (mungkin parah la kot).
Lagi gambar kemalangan.
OHTIDAK: HARI-HARI PASTI ADA KEMALANGAN YANG AKAN BERLAKU. JIKA SEMUA BERHATI-HATI DAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN LALU LINTAS, PASTI KEMALANGAN DAPAT KITA KURANGKAN DARI MASA KE SEMASA.
Comments