Categories
Ada Apa?

Oh! Beli tudung online di Al-Humaira’ Contemporary

Hi guys, entri kali ni we all nak cerita pasal tudung. Bila sebut pasal tudung mestilah ditujukan kepada perempuan kan? Takkan lelaki nak pakai tudung? Tapi tak bermakna lelaki boleh lepas pandang je bila dengar pasal tudung sebab korang kena juga ambil tahu soal tudung ni sebab isteri atau kekasih korang pun mungkin akan lebih manis bila bertudung. Manis satu hal, pahala pun satu hal.

We all nak cerita pasal perniagaan tudung melalui internet yang popular ni (sebab model dia cantik sangat pun satu hal) iaitu Al-Humaira’ Contemporary. Sekarang memang senang kan nak beli tudung ni. Main klik-klik dan pilih mana yang berkenan, terus buat online order dan bayar guna Maybank2u atau CIMB Clicks dan kalau korang ada kat luar negara, Western Union pun boleh. Then tunggu beberapa hari dah sampai apa yang korang nak. Tak payah nak penat-penat badan dah. Well, dunia dah maju kan?

Al-Humaira’ Contemporary (AHC), bukan sahaja menjual tudung-tudung tetapi juga menjual skaf dan selendang. Lebih menarik, semua ini DIHASILKAN oleh pihak AHC sendiri. Apa yang selalu kami perhatikan, setiap design tudung, skaf atau selendang yang mereka keluarkan, sentiasa menepati citarasa kontemporari, sentiasa up-to-date dan nampak trendy untuk disarungkan oleh anak gadis remaja atau mereka yang masih dipertengahan umur.

Harga yang mereka berikan juga sentiasa berbaloi dengan apa yang korang beli. Pendek kata, beli tudung dengan harga murah, tapi sentiasa nampak mahal kerana design’nya. We all pernah hubungi mereka dulu, tak sampai 3 hari, lebih 200 stok tudung dah pun habis. Tak sempat nak beli order. Ini tak tipu ya, kalau korang meminati mana-mana tudung dari website mereka, silalah order cepat. Kalau tak korang boleh nengok sendiri bagaimana laris’nya tudung dari mereka. Ini dah featured di Oh! Tidak, bertambah laris’lah perniagaan mereka lepas ni. Hehe. So siapa cepat dialah dapat.

Sedikit Info mengenai Al-Humaira’ Contemporary (AHC)

Perniagaan yang dilakukan secara sepenuh masa oleh pasangan suami isteri bernama Humaidi dan Hani ini, telah bermula sejak tahun 2008 lagi. Menurut mereka, buat masa ini mereka menjalankan perniagaan secara online sahaja kerana lebih mudah. Apapun insyaAllah dalam tahun hadapan, niat mereka untuk membuka satu butik khas untuk perniagaan mereka. All da best untuk mereka.

Dan ingatlah, jika berbicara soal busana muslimah secara online, especially tudung, skaf dan selendang, hanya satu nama yang korang patut tuju buat masa ini, iaitu Al-Humaira’ Contemporary. Kerana status mereka, kualiti mereka, cara mereka berniaga dan empire mereka dalam bidang penjualan online buat masa ini amat dipercayai semua. Dan tentunya, kepuasan hati pelanggan sentiasa menjadi no. 1 untuk perniagaan seperti ini. Kerana itu mereka berjaya.

Cubalah!

URL:
www.alhumairacontemporary.com

AHC di Facebook
Join 10,000 peminat tudung yang lain.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *