Lama pihak Oh! Tidak (bernaung di bawah syarikat berdaftar, Oh! Media Network) tidak mengeluarkan artikel mengenai website-website terbaru untuk dikunjungi. Dan apa yang akan kami tuliskan ini, pastinya website baru dikeluarkan yang perlu anda bookmark dan memberikan sokongan berterusan.

Dibawakan, sebuah website jual beli kereta, MillionCars.my telah dilancarkan di pasaran baru-baru ini. Website ini menyediakan satu tempat persinggahan yang menarik antara penjual kereta dan pembeli kereta dengan reka-bentuknya yang menarik perhatian dan amat mesra pengguna.

Seluruh rakyat Malaysia boleh menggunakan website ini untuk membeli atau menjual kereta secara PERCUMA. Akan tetapi, terdapat dua jenis pendaftaran yang terbuka, iaitu pendaftaran sebagai AHLI dan pendaftaran sebagai PENGEDAR kereta. Pada waktu ini, kedua-dua jenis pendaftaran di website ni adalah percuma! Promosi pendaftaran secara percuma bagi pengedar kereta akan tamat pada 15 Disember 2010! Bagi pengedar kereta, jangan lepaskan peluang ini! Pendaftaran selepas tarikh tersebut akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM29.99.

Ahli yang berdaftar akan mendapat 25 kredit percuma yang boleh digunakan untuk menjual kereta milik peribadi. Jika anda pengedar kereta, akaun jenis ‘dealer’ adalah pilihan yang tepat untuk anda. 250 kredit akan diberikan secara percuma selepas pendaftaran. Pendaftaran buat masa ini adalah percuma juga sehingga 15 Disember 2010.


* Antara shot interface Million Cars

Website ini juga menyediakan pelbagai maklumat terkini mengenai perkembangan terbaru dunia automobil tempatan termasuk Proton Inspira yang sedang hangat diperkatakan.

Buat masa ini, website ini hanya menyediakan website feature yang terhad. Tujuan nya adalah untuk memberikan peluang kepada pengguna untuk menyesuaikan diri dengan website tersebut. Banyak feature menarik yang disediakan untuk ‘dealer’ seperti google map, showroom maya dan harga advertorial yang murah berbanding pesaing-pesaing seperti mudah.my. Katanya website ini juga akan menambah feature baru aksesori dan juga wish-list pembeli.


* Amat mudah untuk mencari sebarang kereta mengikut bajet anda

Website ini juga berusaha untuk membantu pembeli kereta membuat keputusan untuk membeli kereta. Pelbagai jenis kalkulator disediakan untuk pengguna bagi membuat keputusan yang lebih bijak. Produk ini adalah produk tempatan yang bakal memikat hati seluruh rakyat Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk melayari website mereka di www.millioncars.my.

Capaian website:
URL: www.MillionCars.my

Anda juga boleh mengikuti Million Cars di Facebook:

URL: http://www.facebook.com/millioncars.my

Note: Kesemua proses yang dilakukan di website ini, dikawal-selia oleh Million Cars Enterprise yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

OHTIDAK: WEB INI BANYAK MEMBANTU UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERKINI DUNIA KERETA DAN BAKAL MENJADI LONGGOKKAN WEB UNTUK KERETA BARU DAN YANG TERPAKAI UNTUK DIJUAL SEDIKIT MASA LAGI. SOKONGLAH MILLION CARS DAN BERITAHU RAKAN JIKA IANYA BERBALOI JUGA UNTUK MEREKA.

Related Posts

Terima Kasih

Oh! A. Samad Said Di Kehendaki Oleh Polis

Oh! Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Oh! 40,313 Ahli Kongsi Gelap Dan 49 Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN

Oh! Penjelasan Isu “Rancangan Menghapuskan Sultan?”

Oh! Rancangan Menghapuskan Sultan?


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *