Jelas aksi yang terdapat dalam trailer dan iklan promo filem “Cuti-cuti Cinta” adalah lawak lucah yang tidak sesuai kepada kanak-kanak dan remaja. Semua orang faham nasi lemak 50 sen yang dimaksudkan oleh Farid Kamil ialah saiz buah dada Nora Danish.

Jelas sekali filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham ini mengandungi moral yang tidak baik kepada kanak-kanak dan merendahkan kaum wanita. Adakah kita begitu sporting sehingga penerbit selamba jer mempromosi filem mereka dengan lawak lucah tersebut yang setelah mula penayangan filem Cuti-cuti cinta ini iklan trailernya semakin diulang-ulang. Penerbit seolah-olah mengajak penonton ke panggung dengan daya penarik nasi lemak 50 sen ini.

Sebelum ini , iklan hari raya di TV3 yang ala-ala Santa Claus yang lalu telah menyebabkan TV3 disaman RM50,000. Para pengkarya seni di Malaysia sepatutnya bertanggung jawab mendidik remaja bukannya spt mempengaruhi remaja dengan aksi, pakaian atau lawak yang menjurus kepada sex. Mentang-mentanglah sekolah remaja mengandung telah dibuka dan banyak tempat kosong lagi.

+ Diterima melalui email oleh Siti Norasfiza.
+ Kredit: Kami percaya ianya dari isuhangat.

Related Posts

Terima Kasih

Oh! A. Samad Said Di Kehendaki Oleh Polis

Oh! Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Oh! 40,313 Ahli Kongsi Gelap Dan 49 Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN

Oh! Penjelasan Isu “Rancangan Menghapuskan Sultan?”

Oh! Rancangan Menghapuskan Sultan?


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *