Categories
Sengal

Oh! Iban Bodoh? Siapa yang lebih racist?

Dari email yang kami terima.

Kawan saya, Derek terjumpa gambar tak sepatutnya ni kat Facebook. Memang dia sentap sebab dia sendiri adalah Iban. Kita selalu jumpa diskriminasi ni kat mana-mana dan semuanya bermula dengan salah faham atau sekadar andaian yang sekadar untuk menyinggungkan hati pihak lain.

Lihat sendiri individu tersebut mengatakan bangsa Iban adalah bangsa mawas yang tak berpelajaran. Siapa racist siapa?? Sedangkan setahu saya, mereka ni sama je seperti bangsa lain. Ada yang berpelajaran tinggi di IPTA & institusi pengajian tinggi luar negara. Perkara begini hendaklah dielakkan disebabkan bangsa Iban adalah bumiputera dan kita hendaklah menghormati keunikan bangsa mereka begitu jugalah dengan bangsa bukan bumiputera lain seperti India, Cina dan lain-lain. Salam 1Malaysia!!

Dari: dirahsiakan

Kadang kala kita nak cakap orang lain racist, tapi sebenarnya kita pun sama 2×5 malah tampak lebih bodoh. Nama tak menggambarkan langsung pekerti diri.

Apa kata anda?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *