REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-BERNAMA

VIDEO:

OHTIDAK: 10.10.10 SEBUAH TARIKH YANG CANTIK AKHIRNYA TERJADI SATU TRAGEDI YANG AMAT MENYAYAT HATI. SEMOGA YANG TELAH PERGI DITEMPATKAN DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *