Categories
Editorial

Dunia Hiburan Tanpa Sempadan dari Funker FM

Guys, kalau korang kaki online 24 jam depan komputer, muzik sebenarnya adalah terapi paling baik untuk otak korang. Jangan’lah online berterusan je ye tanpa rehat. Silap-silap tak sempat tua, dah sakit mental. Oh! tidak. Hehehe. Sebut pasal muzik, kadang-kadang kita rasa boring sebab dengar lagu-lagu yang sama je dalam komputer sendiri. Bukak radio, penuh radio yang iklan lebih banyak dari lagu. Bertambah mental sarat kepala otak.

Funkerfm, mungkin satu nama yang tidak perlu kitorang perkenalkan lagi kepada para pendengar radio di internet. Dengan 9 orang Deejay’s yang bertugas (hensem dan comel-comel semuanya) dan hampir 4 ribu pengikut di Facebook, cukup membuatkan Funkerfm sebagai sebuah radio internet paling berpengaruh setakat ini. Dan kemampuan server mereka untuk menerima lebih ramai pendengar, menjadikan korang sungguh dialu-alukan untuk turut sama mendengar secara dalam talian. Tak suka dengar radio online pun takpe, tapi at least korang cuba dengar dulu. Kalau melekat baru korang tahu. Hehehe..

Funkerfm adalah radio online atau dikenali sebagai internet radio yang di tubuhkan serta dikelolakan oleh anak melayu 100%. Ianya adalah seratus peratus internet radio dan Funkerfm di tubuhkan khas untuk mereka yang gila internet dan sentiasa duduk di depan computer, bak kata bangun pagi internet, tengahari internet, petang internet, malam internet, subuh pun internet, tengah mandi pun internet, makan pun internet, nak tidur pun internet dan serba serbi hanya internet terutama pelajar-pelajar Universiti, Kolej, bekerja di pejabat dan tak lupa juga kepada mereka rakyat Malaysia yg berada di luar Negara.

Walaupun terdapat beratus internet radio di Malaysia yang tumbuh bak cendawan tetapi Funkerfm adalah satu-satunya radio Internet di Malaysia yang di daftarkan dengan SSM serta mendapat kebenaran untuk penyiaran dari pihak-pihak yang berkenaan dan semua Hakmilik Funkerfm adalah terpelihara.

Apa maksud Funkerfm?

Funkerfm bermaksud – Fun Ker? Dimana selalu dan biasa digunakan oleh rakyat Malaysia. Ianya digabungkan menjadi FunKer dan Fm untuk dikenali sebagai radio. Maka jadilah Funkerfm dan tagline radio Funkerfm adalah seperti di bawah:

FUNKERFM – Just For Fun, Music Worldwide, Dunia Hiburan Tanpa Sempadan.

Lagu2 yang terdapat di Funkerfm adalah majoritinya lagu2 dari artis2 Malaysia dan juga terdapat lagu2 bahasa inggeris, Hindi, Tamil, Cina serta bahasa2 negara lain seperti Indonesia, Thailand, India, Phillipine dan lain2 negara.

Funkerfm juga ada perbagai-bagai produk, peraduan, hadiah yang menarik untuk diberikan kepada pendengar-pendengar yang bertuah terutamanya pendengar2 yang mendaftar sebagai FUNKERIAN. Pendengar yg mendaftar sebagai funkerian akan mendapat FUNKERIAN ID atau di kenali FID NO.

Funkerian yang mempunyai FID NO. Melayakkan mereka untuk meminta lagu2 untuk diputarkan serta ucapan dan dedikasi kepada sesiapa yg mereka inginkan dan juga melayakkan mereka untuk menyertai peraduan2 yg di adakan dari masa ke semasa dengan menggunakan sistem SMS. Funkerfm juga akan mengucapkan selamat hari lahir kepada setiap ahli Funkerian yg berdaftar.

Kitorang sendiri pun layan Radio Online ni. Bukan sahaja Funkerfm tapi banyak lagi. Tapi Funkerfm ni antara pilihan utama lah kan? Sebab kitorang tak ingin nak dengar radio lain yang dalam Radio or Astro tu, sebab terlalu banyak sangat iklan dan bercakap berbanding lagu. Deejay pun ntah apa-apa. Nak famous je lebih tapi bosan. Tujuan orang dengar radio, nak dengar lagu. Ini kalau nak letak iklan banyak sangat, baik buka station baru, Iklan FM terus. Habis cerita.

Kalau korang malas nak masuk website diorang hari-hari untuk dengar lagu, korang boleh ambil code yang mereka dah siapkan. So korang boleh letak kat website/blog korang sendiri. Bukan setakat korang je yang dengar, tapi lagi menarik kalau pengunjung blog korang pun dapat dengar sekali. Berkongsi keseronokkan orang kata.

Lagi yang menarik di Funkerfm ni, bukan korang jadi pendengar semata-mata. Tapi korang boleh request lagu atau ucapan dari diorang menggunakan SMS. Boleh refer page SMS diorang untuk cara-cara nak request.

So macam ni lah, korang boleh terus menuju ke website mereka dan lihat macam-macam yang menarik. Pendek kata, Funkerfm ni sebuah online radio yang serious dalam menghidangkan pelbagai keseronokkan mendengar. Bukan setakat ada-ada sahaja.

Dah try dengar Funkerfm? Apa pendapat korang? Nyatakan di sini sebarang cadangan korang nanti kitorang suruh crew Funkerfm ni masuk nengok. Selamat berhibur!

Nama Radio: Funker FM
URL: http://www.funker.fm
Facebook Fan Page: http://www.facebook.com/funkerfm


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *