Categories
Sengal

Oh! UiTM dikatakan Universiti Sampah? (case closed)

UPDATE: SEPERTI YANG RAMAI TELAH SEDIA MAKLUM, REMAJA TERSEBUT TELAH MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA MENGENAI APA YANG DITULISNYA.

_______________________

Merujuk dari email yang kami terima.

Salam. Ok saya pun malas nak bebel lebih kat sini. Tengah marah punya pasal. Saya tak tahu lah korg majoriti student lepasan U mana tapi saya sebagai pelajar UiTM dah 2 tahun memang rasa nak melenting tengok orang tulis macam ni. Mungkin UiTM kosnya murah, tak semahal U lain. Mungkin UiTM hanya mengambil student Melayu.

Tapi tak bermaksud graduan UiTM ni sampah. Rasa macam dihina bila orang cakap mcm tu. Apa hebatnya UM dan UKM berbanding U kami? Mungkin yang tulis tu dia kne buang dari UiTM kut. Tu yang busuk hati semacam.

Sekadar nak berkongsi. Sebab bagi saya walau mana pun kita belajar kita tetap hamba Allah kan. Yang perlu ada niat untuk menuntut ilmu dengan ikhlas. Kenapa lah sekarang makin ramai yang nak jatuhkan kaum sendiri tak tau lah.

Luahan tersebut disampaikan berdasarkan dari status seorang remaja melayu di Facebook miliknya (rujuk gambar di hujung artikel ini). Isu ini boleh dikatakan semakin panas sampai dah ada group yang diwujudkan menyelar tindak-tanduk budak remaja hingusan ini. Adik, mana pun kita belajar, pucuk pangkal, terpulang pada diri kita sendiri. Belajar luar negara pun, belum tentu boleh berjaya. Orang belajar skolah pondok je pun, boleh jadi orang kaya.

+ Thanks Nurdiyanah Yunus.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *