Ini bukan cerita Singapore dilanda Todak.. Tapi cerita Singapore dilanda banjir pada 16 June 2010 yang lepas. Nampaknya Singapore juga tidak lepas dari bencana banjir.

Civil Defence Force personnel keep watch over a flooded Starbucks outlet in Singapore’s Orchard Road shopping district June 16, 2010. An unusually heavy mid-morning downpour lead to flash flooding in several parts of central Singapore, causing parts of Orchard Road to be inundated by floodwater, local media reported on Wednesday.

Civil Defence Force personnel set up a pump to drain water from a flooded Starbucks outlet in Singapore’s Orchard Road shopping district June 16, 2010. An unusually heavy mid-morning downpour lead to flash flooding in several parts of central Singapore, causing parts of Orchard Road to be inundated by floodwater, local media reported on Wednesday.

Cars are stranded on roads which were flooded by rain water along the main commercial area on Wednesday June 16, 2010 in Singapore which has been experiencing unusually wet weather for the past week.

People stand on a stairway and watch Singapore Civil Defense Force officers wade through rain water which flooded a basement shopping area and coffee shop on Wednesday June 16, 2010 in Singapore which has been experiencing unusually wet weather for the past week.

Vehicles make their way through a flooded street just outside the Orchard Road shopping district June 16, 2010. An unusually heavy mid-morning downpour led to flash flooding in several parts of central Singapore, causing parts of Orchard Road to be inundated by floodwater, local media reported on Wednesday.

Singapura Tenggelam

SINGAPURA: Banjir kilat ekoran hujan lebat selama dua jam di tengah-tengah bandar raya negara ini mengakibatkan keadaan kelam-kabut apabila kawasan letak kereta bawah tanah dan banyak kedai dinaiki air hari ini bermula pukul 9 pagi tadi.

The Straits Time Online melaporkan, kawasan yang paling teruk dinaiki air ialah Orchard Road dan persimpangan Scotts Road, bermula dari Paterson Road – kawasan lokasi Ion Orchard dan Menara Wheelock – sehingga kawasan Ngee Ann ditenggelami banjir setinggi hampir dua meter.

Bahagian bawah tanah Menara Liat dipenuhi air sehingga menjejaskan dan memusnahkan barangan di premis-premis seperti Starbucks dan Hermes.

Banyak kenderaan termasuk kereta terperangkap di tengah-tengah kawasan banjir selain pemilik kereta masing-masing terkandas dalam kenderaan mereka. Begitu juga penumpang-penumpang bas yang gagal ke mana-mana berikutan jalan raya yang tidak dapat dilalui.

Terdapat juga pokok-pokok tumbang di Buyong Road lokasi keluar dari Central Expressway Tunnel (CET) sehingga Ayer Rajah Expressway menyebabkan laluan tersekat. Sehubungan itu CET ditutup bagi mengelakkan kenderaan memasuki Orchard Road.

Selain itu kawasan yang turut terjejas termasuk Coronation Road West, Fourth Avenue, Kings Road, Kheam Hock Road dan Veerasamy Road menyebabkan trafik bergerak perlahan.

Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 100 milimeter hujan turuun dalam tempoh dua jam itu.

“Jumlah hujan yang turun melebihi 60 peratus hujan yang turun secara purata dalam bulan ini,” kata agensi itu.

Agensi Air Kebangsaan (PUB), polis trafik dan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) ditempatkan di kawasan-kawasan terbabit bagi membantu orang ramai yang terkandas dalam bah yang melanda.

Selain itu kerugian bencana alam itu sedang disiasat.

Orang ramai boleh mendapatkan laporan terkini mengenai keadaan cuaca dengan melayari laman web www.nea.gov.sg atau hubungi talian hotline 6542 7788, selain melayari maklumat di Weather@SG – weather.nea.gov.sg.

Juga talian 24 jam PUB di 1800-284 6600 magi melaporkan sebarang kerosakan longkang atau keadaan banjir. – Mstar

+ Thanks puRpLeHoLic puRpLecRazZ.

OHTIDAK: LAMA KL DAH TAK BANJIR. BAGUS PELABURAN YANG TELAH DILAKUKAN (SMART, ETC). TAPI INGATLAH, KAT MANA-MANA SAHAJA PUN, KALAU TUHAN NAK TURUNKAN BENCANA, MAKA BERLAKULAH BENCANA ITU. JADI BERINGATLAH.

Related Posts

Terima Kasih

Oh! A. Samad Said Di Kehendaki Oleh Polis

Oh! Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Oh! 40,313 Ahli Kongsi Gelap Dan 49 Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN

Oh! Penjelasan Isu “Rancangan Menghapuskan Sultan?”

Oh! Rancangan Menghapuskan Sultan?


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *