Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30pm di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari Thailand. Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun MEDIC ASKAR ” berkeliaran ” didalam kem tentera tersebut.

Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi dihalang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih kurang 20 minit ditempat kemalangan, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak bersolat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan.

Kita tak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia, bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering, kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.

Saya rasa, kalaulah begini layanan/diskriminasi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa. Yang mengejutkan lagi, 100 meter dari tempat kejadian ini adalah tempat kediaman Datuk Mustapha Mohamad.

Tolong sebarkan kepada blog yang perihatin kepada masalah rakyat dan raise the complaint, terutamanya facebook Mustapha Mohamad kerana perkara ini berlaku di kawasan beliau. Kalau boleh forwardkan pada Hishamuddin agar tentera perlu lebih perihatin.

+ Dari Wan Mohd.

Related Posts

Oh! Tiga Angota Polis Trafik Maut

Oh! Kemalangan Dahsyat di Kulim

Oh! Kemalangat Maut Bas Sekolah di Jalan Sandakan

Oh! Ibu ‘jemput’ anak di HKL, bukan di stesen komuter

Oh! Kemalangan Bas Terjun Gaung Di Genting Highlands

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *