Hari ini kami menerima banyak email dari pembaca mengenai logo Crocs yang bila diubahsuai sedikit, menjadi tulisan Allah. Semua pun tahu, simbolik tulis tersebut amat dititik-berat oleh umat Islam seluruh dunia dan kefahaman agama lain untuk turut menghormati fahaman agama lain adalah perlu bagi meneruskan keamanan hidup di dunia ini. Seperti mana agama Islam tidak pernah mengganggu atau mengejek-ejek fahaman agama lain, adalah perlu untuk mereka yang beragama lain menghormati fahaman orang Islam.

Dalam isu logo ini, sama seperti kebetulan pada logo Coca-Cola, kami hanya mengganggap ianya sebagai satu kebetulan tapi tidak pula menolak jika ianya sengaja disengajakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Apapun seperti yang kita sedia maklum, logo Crocs bukanlah seperti gambar di atas tetapi logo seperti itu diletakkan di tapak kasut bahagian atas (bawah tumit) terutama ada pada kasut Crocband. Biar pun Crocs menggunakan logo di bawah tapi masih boleh dikatakan tidak banyak berbezaan jika dilihat logo tersebut secara terbalik.

Terpulanglah pada penilaian masing-masing.

+ Thanks Ahmad Fathi, Neyrasyazira dan beberapa pengirim yang lain.

KHAI: CROCS YUKON WOVEN TIADA LOGO SEDEMIKIAN. YAY!!

UPDATE: APA KATA USTAZ?


Gambar dari http://joegrimjow.blogspot.com

Related Posts

Terima Kasih

Oh! A. Samad Said Di Kehendaki Oleh Polis

Oh! Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Oh! Pekerja TNB Ditetak, Hampir Terputus Tangan Kiri

Oh! 40,313 Ahli Kongsi Gelap Dan 49 Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN

Oh! Atuk Buli Nenek Punca Pergaduhan


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *