Categories
Sengal

Oh! Ugutan Bunuh buat Nik Aziz

Email ini dihantar oleh seorang pembaca Oh! Tidak yang juga bukan penulis asal artikel yang akan dipaparkan ini.. Apapun artikel ini di’edit sedikit dari yang asal dengan membuang perkataan yang melibatkan parti politik di mana bukti tidak berbukti, tak baik menulis.

**************************

Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda **** mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”.

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.

– RAKYAT MARHAEN

+ Thanks to Syahirul.

OHTIDAK: POLITIK POLITIK JUGA JANGAN LA TERLALU FANATIK SAMPAI NAK BERBUNUHAN. DUNIA NI SEMENTARA JE ABANG OI.. AKHIRAT TU YANG BERKEKALAN.

UPDATE 04 Mei 2010:

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

“Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.

Sabtu lalu Dewan Pemuda PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.

Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh ‘Nik Aziz’.

Zulkarnain berkata, bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.

“Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.-Bernama

OHTIDAK: INI YANG DIKATAKAN TAKDE KERJA CARI KERJA. JADI, PADANLAH MUKA.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *