Categories
Sengal

Oh! Majlis Kenduri Rakyat Batang Kali (Failed)


* klik gambar untuk tumbesaran tulang-temulang.

Dari Facebook di upload oleh Ahmad Balqini dengan caption seperti berikut.

“Selama 897 tahun aku hidup kat Batang Kali ni, inilah kali pertama adanya Majlis Kenduri Rakyat. Kenapa?? Aku pon tak tahu motif di sebalik udangnya. Sapa2 free esok bole join aku pegi kenduri rakat ni.. haha.. tapi aku pegi lepas Isyak la pasal lepas Maghrib aku nak baca Yasin kat surau dulu.. Hehe..”

Dan kami ada dua pandangan mengenai perkara ini (baru adil kan?)..

Kepada Ahmad Balqini:
Kita perlu faham yang pak menteri-menteri ni semua bukan banyak masa terluang untuk sentiasa dekat dengan rakyat. Maklumlah sibuk dengan urusan negara. Dan bila masanya ada kempem mengundi ni, itulah rasanya masa yang sesuai untuk bersama rakyat di tempat yang terbabit dengan pilihanraya. Jadi jangan fikir bukan-bukan. Takde udang disebalik batunya pun. Hehehe.

Kepada Pak Menteri:
Kenapa time nak pilihanraya baru ada masuk berita menteri turun bantu orang-orang susah? Kemudian adakan kenduri kendara segala dan time nak ada pilihanraya barulah suara rakyat didengar. Kalau betul rakyat didahulukan, takkan ada banyak kes yang kita dengar. Paling tidak pun, rancangan Aduan Rakyat kat TV3 tu confirm takde story yang melibatkan majlis pembandaran dan yang berkaitan dengan lembaga pentadbiran. Perkara macam ni yang buat rakyat fikir “nak ada pilihanraya baru nampak batang hidung”. Itu yang kita tak mahu dengar.

Renung-renungkan.. Oh ya dan siapa ada masa hari ni (22 April 2010), boleh lah pergi majlis seperti yang terdapat dalam gambar kat atas tu. Dan mereka yang duduk di sana dan layak untuk mengudi, jangan malas plak ye nak pilih masa depan negara.

OHTIDAK: WE ALL RASA PIHAK PEMBANGKANG PUN PATUT DIBERI PELUANG ADA SATU CHANNEL KHAS (PERCUMA) KAT TV. BARU RAKYAT TAK DENGAR DARI SEBELAH PIHAK JE MELALUI BERITA DAN SEBAGAINYA. BARU ADIL KAN?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *