Hari ni we all nak share something yang lebih menarik dari entri-entri yang pernah wujud di Oh! Tidak. Dan we all taknak sebut sebenarnya statement “kalau bukan melayu sokong melayu siapa lagi”. Tapi kalau difikirkan balik, memang betul lah tu. Kalau di Malaysia ni, melayu yang ramai. Dan kalau bukan orang melayu nak sokong orang melayu, takkan korang nak harap minah saleh kat Amerika sana pulak untuk sokong kan?

Dipendekkan cerita, semua orang kenal apa itu Facebook dan apa itu application di Facebook. Dan mungkin ada yang baru tahu, kalau tanpa application kat Facebook like game or something else, Facebook takkan jadi seperti Facebook yang ada sekarang. Dan kerana itu semua orang pun tahu yang Myspace dan Friendster pun sekarang dah lebih kurang macam Facebook. Semua nak integrate system dengan apps which is “macam poyo” sebab masing-masing nak jadi macam Facebook.

Dan menyebut tentang Facebook Apps, mungkin ramai antara korang yang hari-hari layan Farmville, Mobwar, Mafia Wars, Restaurant City dan macam-macam lagi apps yang ada kat sana. Tapi itu semua terang lagi bersuluh bukan datang dari Malaysia dan apa lagi dari anak melayu kita.

Dan sekarang…? Guest what? Dah ada apps/game yang bercorak seperti Mafia Wars tetapi berbahasa Melayu dan datang dari hasil kretiviti anak tempatan kita sendiri. Jadi tiada sebab untuk kita tidak cuba menyokong at least try dulu untuk main apps/game tersebut.

Seperti tajuk entri ini, game ini diberi nama Kesatria Poyo. Dari namanya sahaja mungkin dah nampak poyo tapi sejauh manakah kepoyoan game tersebut? Dont judge a book by its cover..

Kesatria Poyos adalah permainan lawan-lawan Bahasa Melayu di Facebook. Mulakan sebagai hulubalang biasa dan seterusnya ke arah seorang Kesatria yang gagah berani lagi poyo!”

We all pun malas nak cerita panjang-panjang nanti korang naik malas pulak nak membaca. Jadi cuba add apps kat Facebook masing-masing, dan cubalah try main. Mungkin korang akan rasa janggal sikit sebab game nya berbahasa melayu. Berbeza dengan apa yang selalu kita main di Facebook. Tapi, kita hari-hari pun cakap melayu jadi tak payah pelik kalau ada apps bahasa melayu sebab diorang boleh buat, orang kita pun boleh buat.

Go to Application: http://apps.facebook.com/kesatria-poyos

Facebook Fan Page: http://www.facebook.com/KesatriaPoyos

Testimoni terpilih pemain Kesatria Poyo.

Alip Aieman: Kesatria Poyos ini suatu permainan berbahasa melayu yang sangat seronok . Sesuai untuk semua umur dan lapisan masyarakat . LoL . Aku sangat berbangga kerana Malaysia mempunyai game yang sebegini rupanya.

ZulFadhli: kesatria poyos mmg de bez..gamenye agak mcabar..lbih mncabar dri mafia war..tp lawak pon ade gk..smpai tergelak tergolek ak dibuatnyew..

Ahmad Razien: kita kena tunjuk kat org luar, malaysia jugak ada geme yang setanding dengan kehebatan diorang… cuma diorang takder game yang sepoyo game kita!! Hidup Tok Nujum Poyo!!

Dan we all harap dengan adanya apps seperti ini di Facebook, makin ramai yang akan mengikut jejak langkah memeriahkan Facebook dengan sesuatu yang menarik untuk kita semua. Made in Malaysia by Malaysian for Malaysian! Tahniah pada pembina Apps ini, Atok Nujum dan sesiapa yang terlibat sama disebalik tabir.

So sekarang, we all dah promo apa yang patut dan wajib we all promo’kan dan terpulang pada korang nak try atau tidak. Kalau benda tak bagus, we all pun malas nak buat review. Sebab bagus la ada review ni. Kalau dah try main, ape pendapat korang?

– Artikel oleh Khai.

Related Posts

Oh! Koleksi Rumah Terbuka Stesen Minyak. Hanya 20 Sen!

Oh! Yamaha 135LC Custom

Oh! Ubah Tong Sampah Menjadi Rumah

Oh! Perdana Menteri Memandu Teksi?

Oh! Barang Kemas Orang Kaya

“Syukur Anak Saya Selamat dan Terima kasih Kepada Semua” – Ibu Wan Aisyah


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *