Categories
Sengal

Oh! Duit Baru RM50 Low Class

Pastikan anda tidak terbasuh duit RM50 baru. Seorang jurutera di PJ, Yeoh Jit Shiong, 25, telah terendam beg duitnya dalam mesin basuh. Apa yang mengejutkan ialah wang rm50 yang baru dikeluarkan dari mesin ATMnya telah hilang sekelip mata.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah not RM50 baru telah hilang gambar cetakannya termasuk no siri. Yang tertinggal hanyalah benang keselamatan dan watermark sahaja.

Manakala wang RM50 lama dan RM10 yang turut tercuci tidak rosak sama sekali.

Jika wang RM50 lama boleh bertahan berada di dalam mesin cuci, mengapa tidak wang RM50 baru , yang seharusnya yang diperbaiki, dan telah di upgrade versinya?

+ Kredit To http://boxofficemovie88xx.blogspot.com & Masterman

OHTIDAK: LEPAS NI KALAU SIMPAN DUIT DALAM JEANS ATAU WALLET, CHECK BETUL-BETUL BEFORE BASUH OK. TAPI UNTUK YANG DUDUK RUMAH KONGSI TU, ELAKKANLAH SEBAB KADANG-KADANG, ADA TOYOL BERTOPENG MANUSIA YANG RAJIN SELUK POKET SELUAR KORANG TU. KALAU DAH DASAR KETURUNAN PENCURI, NAK BUAT APA LAGI KAN? SO KITA PERLU HATI-HATI DAN BERWASPADA AJELAH.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *