Categories
Kemalangan

Oh! Tetak dan Bunuh di Petronas Gunung Lang (18SG)

Kejadian ini berlaku penghujung tahun 2008 yang lalu tapi baru sekarang dapat kami pamerkan. Seorang pekerja di Petronas Gunung Lang telah ditetak dan mati ditempat kejadian. Motif kejadian tidak kami ketahui. Mungkin rompakkan, dendam atau pelbagai lagi. Dunia semakin kejam.

bunuh-tetak-petronas-1

Lagi gambar untuk yang berani..

bunuh-tetak-petronas-2

bunuh-tetak-petronas-3

bunuh-tetak-petronas-4

bunuh-tetak-petronas-5

Nasihat dari kami di Oh! Tidak kepada pembaca yang bekerja di Petronas, 7 Eleven atau yang sebagainya, jika berlaku rompakkan, berikan sahaja apa yang mereka minta. Ada apa dengan duit jika dibandingkan dengan nyawa. Hargai nyawa anda. Ingatlah orang yang tersayang.

UPDATE: Pembunuh terbabit telah menerima hukuman yang setimpal. Alhamdulillah.

IPOH – Kekejaman dua lelaki yang menetak kepala seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kangsar di sini sehingga mati pada 11 November 2008 berbalas apabila mereka dihukum gantung mandatori oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Dalam penghakiman ringkas yang dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman tersebut ke atas K. Nanda Kumar, 26, dan N. Yugaraja, 34, dari Kampung Baru, Jelapang di sini.

“Pihak pembelaan gagal membuktikan sebarang keraguan munasabah terhadap kes ini dan kedua-dua kamu disabitkan kesalahan. Kamu berdua diperintahkan menjalani hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Kedua-dua mereka disabitkan membunuh Mohd. Khairuddin Mohamed Isa, 42, yang juga seorang Penolong Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Perak dalam kejadian samun di Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pukul 6.58 pagi. – KOSMO


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *