Categories
Superb!

Oh! Mengimbas zaman lahir tahun 80-an

Bagi korang yang lahir pada tahun 1980-an, gambar-gambar berikut pasti akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang penuh keseronokkan. Itupun kalau korang membesar bukan sebagai anak orang datuk datin lah. Kalau main piano, biola etc tu lain cerita. Huhuhu.

Apapun masa kecil memang seronok. Takde ape nak difikirkan. Main, main dan main. Makan minum semua tanggung. Hehehe.

423184_263737403700904_238032823_n (1)

lagi..

Bak kata Josh Lim founder Advertlets di Twitter, cerita Doraemon (alih bahasa) ni banyak membantu dia dan kanak-kanak berbangsa cina lain untuk bertutur di dalam bahasa melayu.

1003692_548537145204690_550026856_n

970938_548502698541468_227049568_n

942698_548495295208875_78385990_n

426725_264312480310063_1438957676_n

Majalah-majalah seperti Ujang, Gila-Gila dan APO? juga menyumbang kepada zaman kanak-kanak mereka yang lahir pada zaman 80-an dan membesar di zaman 90-an. Zaman yang tidak canggih seperti zaman dot com ini tetapi penuh gemilang dan dirindui selama-lamanya.

Update: Dash Yonkuro
Dash Yonkuro

Dan lain-lainnya? Polis sentri, galahpanjang, batu seremban, congkak, gasing, konda kondi, main cop tiang, gulu-gula 20 sen yang ada cincin tu, gula-gula warna warni 10 sen dapat 5 biji, ais krim pop yang boleh patah dua tu dan macam-macam lagi. Rindu kan zaman kanak-kanak kita? Hehe. Memang sekali je akan muncul dalam kehidupan. Oleh itu kalau kita dah ada anak, biarlah mereka lalui zaman kanak-kanak mereka dengan gembira seperti kanak-kanak lain (asalkan berbatas).

+ Article by Khai


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *