Archive for November, 2009

Oh! Terima slip 5A depan jenazah ibu

Sedih gila kot dengan budak ni. Korang bacalah.

SEREMBAN: Tidak seperti murid tahun enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy, kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior kelmarin, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu, selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada jam 11.30 pagi semalam.

“Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan ketika hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu,” kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. More >