Categories
Ada Apa?

Oh! 1 Tahun Usia Oh! Tidak

Pejam celik pejam celik, dah satu tahun kewujudan website ini. Memang begitu pantas masa berlalu. Oktober 2008, bermulalah operasi website ini untuk menceriakan kehidupan para pembacanya. Tidak banyak pun tidak mengapa janji ada sedikit senyuman yang terukir di wajah anda semua.

Modus operandi Oh! Tidak sangat mudah di mana kami berkongsi apa sahaja yang menarik atau apa sahaja yang kami rasa berguna untuk dikongsikan kepada pembaca. Semua yang dipaparkan di sini berkonsepkan 100% sumbangan dari pembaca. Terima kasih kepada anda yang rajin membuat sumbangan berupa gambar-gambar atau artikel menarik untuk dikongsikan bersama.

Sehingga saat ini, kami sudah menerima lebih kurang 1110+ email yang dikirimkan untuk dipaparkan di Oh! Tidak. Tapi semua email tersebut akan ditapis dahulu sebelum dipaparkan. Atau mungkin sudah ditapis, tetapi masih queue untuk dipaparkan di sini. Jika anda mempunyai apa sahaja yang menarik untuk dikongsikan, hubungi kami memalui email di hoi@ohtidak.com.

Akhir kata terima kasih di atas sokongan anda. Jangan pelik dengan rupa blog ni, kerana memang sengaja kami gunakan default wordpress theme ni bagi mengenang semua kewujudan Oh! Tidak satu tahun yang lalu. Selamat berhibur.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *