Mulai hari ini pada setiap minggu, kami akan melakukan Contest Teka Gambar dengan kerap. Hadiahnya tak banyak cuma RM10 sahaja berupa topup ke mana-mana talian atau bank in terus ke akun korang kalau korang taknak topup. Maklumlah sekarang ramai dah kaya. Pakai bil. Hehehe!

Ok la tu ek RM10 setakat suka-suka main teka-teka je pun. Berikut adalah soalan contest untuk kali pertama.

Soalan: Apakah yang sedang dilakukan mat rempit dalam gambar di atas?

Syarat-Syarat Untuk join:
1. Mestilah warganegara Malaysia. Kalau indon ke, bangla ke, myanmar ke, boleh gi main jauh2. syuh syuh!
2. Kepada pengirim gambar (Mr Azrang) tak boleh join ye? Hehehe.
3. Jawapan haruslah diberikan di bahagian komen. Jawapan harus disertakan dengan slogan – “Saya Benci Oh! Tidak kerana………” (tidak melebihi 80 juta patah perkataan). Ni saja-saja je pun sebab kitorang nak tahu mana part yang patut kitorang ubah. Mana korang tak suka tu, tu la yang kitorang nak tahu.

Peserta yang menjawab soalan dengan betul adalah pemenang. Kalau lebih dari satu pemenang, kita nengok slogan paling ok pulak. Selamat mencuba! Duit raya neh. Cepat-cepat.

UPDATE:

Thanks untuk yang menyertai. Berikut adalah gambar jawapan sebenar apa yang sedang dilakukan mat rempit tersebut.

Hehehehe. Ramai yang jawab betul tapi kami akan memilih jawapan yang betul-betul tepat dan kretif serta slogan yang menarik (lawak).

Antara yang menjawab dengan betul:
Huzaifah
Hazim
Edi
Norcahayadiyana
psy

Dan pemenangnya adalah:
– Edi

Terima kasih kerana menyertai. Next week kita buat lagi ya.

P/s: Kepada Edi, sila hubungi kami melalui email untuk menuntut hadiah anda. Email kami hoi@ohtidak.com

Related Posts

Oh! Pikachu

Oh! Koleksi Aksi Sengal Rider Yang Berjaya Dirakamkan

Oh! Kucing Hisap Nenen

Oh! Berbuka Puasa Dengan Box Motor

Oh! Bila Noob Edit Gambar

Oh! Kamera freemason


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *