Categories
Gila

Oh! Zina Selepas Kahwin

Ini adalah artikel khidmat pesanan masyarakat oleh Oh! Tidak.

EDITED: Maklumat di bawah menjadi sesetengah pendapat. Kami hanya menyampaikan sahaja tetapi tidak dapat memastikan samada maklumat ini betul atau tidak. Mungkin kerana setiap ulama’ mempunyai pendapat yang berbeza.. Kami menerima email dari seorang pembaca yang cuba berkongsi kebenaran dari apa yang dia pernah belajar suatu ketika dulu. Nama dirahsiakan.
_______________________________________________

nway darlenk,ur post about kahwin masa pregnant anak luar nikah kata x sah is a wrong fact..

remember panduan agama kita mengikut rukun..
cukup rukun,sahla sesuatu itu..
kahwin masa pregnant sah,cume kalau khwin dgn lelaki yg membuatkannye mnegandung..
and if the baby below 3 monnth,(masih ketulan daging,blom sempurna) anak dia boleh di binkan dgn dat father..
and if after 3 month,anak kene bin @ binti abdullah,dat father has no priviledge as wali,

kalau kahwin dgn pak sanggup(lelaki bukan pemilik benih itu) pun boleh,tetapi x boleh bersetubuh sampai wanita tue habis beranak…”haram bagi seorang lelaki menabur benihnya di atas benih lelaki lain”…tp kahwinnye sah…and anak x leh bin @ binti lelaki itu…

hadith menyatakan perempuan selagi belum kahwin,dia tetap xda eddah(tempoh utk berkahwin semula)..
so kalau dia preg and x kahwin,dia tetap xda eddah utk tgggu tempoh dia boleh kahwin..dia boleh kahwin anytime,cume kene ikut syarat (kalau bukan bapak baby xleh bersetubuh)..
eddah hanya utk perepuan yg berkahwin (kalau pregnnt kene tggu sampai abis beranak) wallahualam…

islam nie adil-bayangkan if popuan tue kene rogol and pregnant-dia layak berkahwin utk menjaga maruahnye..

i knoe de sesetengah ulama kata x boleh…tp dis is the fact..
kalau khai x cayer..try wat research lagi yeh..pecaya la ckp lina,lina dulu dah byk kaji mende nie..
lina best student kat skola dulu 😛 (ow riak kejap)

okla..cume harap khai tukar fakta itu…jgn bg org len yg jahil ttg ini sesat k,.,.

bye2
askum

Gunakan akal yang waras. Kami tidak dapat membuang kenyataan di bawah kerana mungkin ada pembaca baru yang akan konfius mengenai isu ini. Dan mungkin ada antara anda yang masih perlukan artikel di bawah sebagai rujukan kepada mereka yang lebih arif.

Jika anda (wanita) atau sahabat anda (wanita) telah mengandung anak diluar nikah, maka sampaikan pesanan ini kepada mereka. Email yang kami terima ni pada mulanya dilihat hanya perkara ringan tetapi sebenarnya bila dibaca rupa-rupanya masih ramai saudara-saudara kita diluar sana yang hidup sehariannya bertemankan zina yang berterusan biarpun di dalam ikatan suami isteri. Jadi ambil masa sedikit dan renung-renungkan jika kita tak mahu terlibat secara tidak langsung dengan dosa yang dilakukan kenalan kita sendiri.

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA…HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM YANG BERTERUSAN HIDUP DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 5. Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak “pregnant luar nikah”, cepat cepat dikahwinkan. .

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila. Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan..

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya..

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat. Orang lain yang sedap, kita yang menanggung pulak ye?

**************************

Cuba korang dapatkan kepastian dari ustaz atau imam tempat korang. Share lah kat Oh! Tidak ni ya apa pula pendapat mereka.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *