Kalau korang mendengar akan Hitam dan Putih, apa yang terfikir di fikiran korang? Hurm, tak payah cakap sebab mesti punya kalau bukan Tahi Cicak, mesti bendera Pahang. Tak pun bendera Ganu kiter.. Hurm, pernah terfikir pasal kembar hitam dan putih? Bayangkan bila korang dengar berita jiran melahirkan anak kembar. Korang pun pergilah nengok. Sekali anak kembar dia tu sorang putih, sorang lagi hitam da… Aik, tak ke pelik?

Owh, patut la pun. Mak dia hitam dan ayah dia putih la. Tapi perkara macam ni jarang-jarang juga terjadi. Selalunya kalau putih, dua dua pun putih. Kalau nak ikut mak, dua-dua pun hitam. Tak pun hitam campur putih, anak yang keluar warna kelabu asap. Nampaknya, seorang jadi anak mak, dan seorang jadi anak bapak la ye. Hehehe.

Lagi gambar..

Baby yang sebelah kiri tu nama dia Leo dan yang belah kanan tu nama dia Ryan. Rujuk gambar yang pertama tu ya. Untuk makluman, ibu nya bernama Florence (35) berasal dari Ghana dan si bapa bernama Stephen (40) dari German. Kata mereka, anak mereka hitam dan putih tidak menjadi masalah, asalkan mereka sihat sudahlah.

Err, ini bukan photoshop ye. Mana la tahu ada juga yang nak cakap Photoshop. Kadang-kadang kita ni tak tahu pun pasal Photoshop, tapi gambar pelik sikit je semua nak kata Photoshop. Hehehe.

P/s: Budak berdua tu bila dah besar nanti, mesti ada konflik cemburu antara satu sama lain. Faham2 je la ye..

+ Thanks Nelder Laduing

Related Posts

Oh! Rumah Dalam Tandas

Oh! Budaya Gantung Patung Bawah Kereta

Oh! Kek Manusia

Oh! Beruang Tersangkut Di Tebing Jambatan

Oh! Tradisi Makan Serangga

Oh! Koleksi Kemalangan Tak Masuk Akal


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *