Di hari Jumaat yang penuh syafaat ini, pihak redaksi Oh! Media yang menjadi pemangkin kepada semua web berdomain Oh, ingin meminta maaf kepada semua para pembaca kami. Ianya bukan hanya ditujukan pada team ore_debe yang terasa sakit mengenai artikel yang pernah dikeluarkan di Justkhai, tetapi juga pada pihak-pihak yang lain samaada kerajaan, swasta mahupun perseorangan.

Sejak rangkaian kami dilebarkan, kami sering berusaha mencari bahan-bahan menarik untuk dipaparkan. Adakalanya, ianya menarik bagi kami tetapi tidak pada orang lain. Kami sedar ramai pihak yang terasa dengan satu dua entri dari kami, tetapi kami tegaskan, ianya TIDAK ditujukan pada semua tetapi lebih kepada siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.

Contoh artikel kontroversi seperti kes Blogstarz, Luxor, Orang Kelantan, Gosip beberapa artis dan banyak lagi telah mendewasakan kami sebenarnya dalam dunia website ini. Manusia mana tidak melakukan kesilapan. Kadang-kadang niat kita lain. Tetapi di salah ertikan. Contoh seperti entri orang Kelantan di Justkhai, telah mendapat kritikan hebat oleh para pembaca. Tetapi bos saya sendiri adalah orang Kelantan dan dia menyokong artikel tersebut kerana baginya menyedarkan sesetengah remaja dari negerinya sendiri.

Di Oh! Artis juga telah lebih 5 kali berlaku kontroversi antara peminat dan artis kemudian diselesaikan oleh kami melalui email dan perjumpaan secara baik. Segalanya boleh diselesaikan dengan cara baik. Tidak perlu saman, tidak perlu hack, tidak perlu DOS. Email kami jika terdapat sebarang masalah yang tidak senang di pihak anda. InsyaAllah kita boleh selesaikan tanpa campur tangan orang lain.

Di harapkan semua pihak terutama pihak Ore-Debe memahami dengan baik artikel permonohan maaf ini. Pintu perbincangan sentiasa terbuka. Entri mengenai Kelantan itu juga sudah lagi tiada demi menjaga hati anda semua yang nyatanya tersalah faham mengenai artikel tersebut. Hubungi kami melalui email untuk perbincangan lanjutan secara baik cara dan jalannya. Manusia mana yang tidak pernah berbuat kesilapan. Ini ditegur dengan cara maki hamun melibatkan ibu dan bapa yang bagi kami langsung tidak professional dan kebudak-budakkan.

Wassalam.

Related Posts

Terima Kasih

Oh! A. Samad Said Di Kehendaki Oleh Polis

Oh! Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Oh! 40,313 Ahli Kongsi Gelap Dan 49 Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN

Oh! Penjelasan Isu “Rancangan Menghapuskan Sultan?”

Oh! Rancangan Menghapuskan Sultan?


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *