Ditanya pada anak muda itu, professionnya, mat rempit. Cukup yakin dan penuh ilmu didada bila bercakap tentang bidangnya. Dan ini komentarnya untuk blogger.

#1 Gua memang suka modified motor. Operate enjin, operate ekzos, setting sana, tukar sini. Itu belum dikira make up lagi. Baru nampak power, nampak ranggi.

Macam lu orang la blogger. Buat blog, letak macam2 plugin, tukar itu, touch up sini. Baru boleh tingkatkan performance, lain dari yang lain dan nampak profesional.

#2 Gua memang suka menunjuk2. Bila wheellie, bila wikang, orang tengok, orang tepuk. Itu satu kehebatan. Kalau orang TV datang ambik gambar, lagi gua buat2.

Macam lu orang la,ada blog mesti nak tunjuk2. Nak bagi semua orang tahu. kalau tak lu syok sendiri. Orang baca, orang komen, itu satu penghargaan.

#3 Gua memang suka kejar2 ngan polis, langgar roadblock itu biasa, langgar polis, pun biasa. Nasib tak baik kena tangkap, masuk lokap.

Lu orang pun apa kurangnya. Ada yang suka cabar polis, cabar kerajaan dan tak takut undang2. Tulis dalam blog berapi2. Silap haribulan kena tangkap, masuk lokap, masuk ISA. Tak caya lu tanya lu punya kawan Raja Petra, Syed Azidi dan ramai lagi yg kena tahan, kena saman.

#4 Jadi mat rempit dapat publisiti meluas. Boleh kalahkan juara AF. Media yang bagi nama, media yang agungkan dan media sebenarnya yang galakkan ramai anak muda jadi mat rempit. Anak muda biasalah, mana yang jahat, itu yang hebat.

Tapi lu orang pun sama juga. Sekarang orang media banyak dapat info pun dari blog. Gua tengok ada paper siap ada ruangan untuk blogger. Kadang2 blogger punya tulisan lagi hebat, lagi dasyat. Mana lu orang dapat info pun gua tak tahu. Bercakap seolah2 ada betul kat tempat kejadian. Bercerita pasal si anu seolah2 macam tinggal serumah, tidur sebantal.

#5 Merempit adalah hobi gua, macm lu lah, suka blogging. Masing2 punya minat.
Ragut? hey, itu bukan mat rempit, itu mat pet.

p/s: Apapun tiada faedah menjadi mat rempit.. Blogger tak meletakkan nyawa di atas garisan. Tetapi Mat Rempit, anytime boleh mati kemalangan.. Renung2kan…

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *