Aduyai. Ini macam pun ada. Cari kutu. Hahahaha! Hahaha… aku x boleh berhenti gelak siot.. Whahaha!!

GUA MUSANG: Gara-gara dilihat bercumbuan dan melagakan pipi bersama pasangannya di tangga rumah, seorang remaja bersama teman lelakinya dicekup ketika melakukan perbuatan itu di Perumahan MGH Jalan Persiaran raya, dekat sini, kelmarin.

Perbuatan tidak bermoral itu dilakukan remaja terbabit sejurus ibu bapanya tiada di rumah dan mengambil kesempatan memadu kasih.

Lebih melucukan, mereka memberikan alasan sedang mencari kutu pasangan masing-masing semata-mata untuk mengelak diberkas pihak penguat kuasa yang melakukan serbuan.

Keasyikan pasangan berkenaan memadu asmara tidak sampai ke kemuncak apabila sepasukan Skuad Amrul bersama Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) menyerbu kediaman itu.

Operasi yang diketuai Penolong Penguat Kuasa Agama Jajahan Gua Musang, Husnie Abdul Kadir menyerbu rumah remaja terbabit kira-kira jam 1.50 tengah hari ketika mereka dalam keadaan bersentuhan pipi.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim, berkata berdasarkan maklumat awal diterima, pasangan terbabit iaitu remaja perempuan berusia 18 tahun bersama pasangannya, 27 tahun berada dalam keadaan mencurigakan di dalam rumah.

Katanya, dengan keadaan pintu depan tertutup, pasangan itu segera beredar keluar ke bahagian tangga simen rumahnya untuk mengelak diambil tindakan pihak berkuasa agama yang melakukan serbuan.

Menurutnya, remaja dan lelaki itu masing-masing bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai di bandar ini mengambil kesempatan ketika waktu rehat memadu kasih ketika ketidaan ibu remaja itu.

“Mereka tidak menyedari pasukan penguat kuasa tiba dan terkejut apabila pihak penguat kuasa agama jajahan memperkenalkan diri sebelum memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan ditahan.

“Dalam keadaan serba salah, pasangan remaja itu mendakwa mencari kutu di tangga ketika ditanya pihak penguat kuasa agama, walaupun awal-awal lagi Skuad Amru melihat mereka berdua bersentuhan pipi,” katanya.

Anuar berkata, pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Jajahan untuk diambil keterangan lanjut sebelum dibebaskan sementara menunggu kes disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, pada 16 Jun depan.

+ Via Harian Metro

Related Posts

Oh! Ron95, Diesel Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Oh! Pembaling Batu Ke Kereta di Taman Connaught Berjaya Ditangkap

Oh! Kes Baling Batu Dari Jejantas Taman Connaught

Oh! Melayang Gaya Epic Ketika Mencuri Minyak

Oh! Isu Empat Finalis Miss Malaysia World Beragama Islam

Oh! Isu Murid Makan Dalam Tandas (Kisah Sebenar)


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *