Categories
Sengal

Oh! Lapan Perangai Jejaka minta penampar wanita

Berikut adalah 8 perangai lelaki yang tidak disukai kebanyakan wanita. Jika anda masih “Forever Alone” hingga hari ini, cuba lihat kalau anda termasuk dalam mana-mana point berikut.

1. Garang

Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh. Macam ler dia betul semua. Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas

Kaki pukul. Dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yang dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar

Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan sebeagainya. Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah

Tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja. Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara atau tak pandai nak buat keputusan sendiri. Semua benda nak tanya pasangan. Bila pasangan tak tahu buat keputusan, tahu pula nak marah. Entah apa-apa.

5. Tidak Gentleman

Langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan dan sebagainya. Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan lebih hormat lagi.

6. Gerumal

Bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali-kali kalau kena dengan perempuan ada silat, memang terlipat dua la tulang belikat tu. Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo

Teterlaluan – lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan sebagainya. Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik. Ini 24 jam nak pemalu, 24 jam nak cover macho jangan cakap pasangan, orang lain tengok pun meluat.

8. Gatal

Miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri. Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura-pura melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata duitan dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda?

OHTIDAK: Jodoh, Tuhan dah sediakan. Tinggal kita nak cari. Sama juga dengan Rezeki. Allah dah sediakan bahagian masing-masing. Tinggal kita yan perlu usaha untuk mencari. Kalau malas, rezeki memang takkan datang bergolek. Begitu juga jodoh. Kalau perangai tak senonoh, mana mungkin jodoh nak datang melayang. Hukum alam cipta Allah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *