Hurm, pada korang yang perempuan, bagaimana ingin mengesesan pakwe korang tu dah ber’isteri ke belum? Pendek kata, ntah-ntah dah ber’isteri, sibuk nak berkawan dengan korang. Tak cukup sorang ye tak? Korang yang lelaki boleh je baca. Kot-kot berniat nak cukupkan satu lagi qouta, boleh la elakkan buat perkara-perkara bawah ni..

1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak denganrakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (simcard) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu dikusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luar biasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

+ via MiszTrex.

Related Posts

Oh! Koleksi Rumah Terbuka Stesen Minyak. Hanya 20 Sen!

Oh! Yamaha 135LC Custom

Oh! Ubah Tong Sampah Menjadi Rumah

Oh! Perdana Menteri Memandu Teksi?

Oh! Barang Kemas Orang Kaya

“Syukur Anak Saya Selamat dan Terima kasih Kepada Semua” – Ibu Wan Aisyah


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *