Mesti ramai babi hutan yang kecewa lepas ni..

Kaedah bagi cegah haiwan musnah tanaman

TAWAU: Percayakah anda jika dikatakan rambut manusia boleh dijadikan bahan untuk menghalau babi hutan. Jika difikir sejenak, memang pelik dan tidak masuk akal kerana tidak disokong bukti saintifik.

Bagaimanapun, teori itu dibuktikan pengurus ladang sawit di Pulau Sebatik, Mohd Nuin Rusni, yang menggunakan rambut manusia untuk mencegah haiwan itu daripada memusnahkan anak sawit di bawah penyeliaannya.

Pengurus Ladang Kampung Sungai Laba itu mendakwa kaedah menabur rambut manusia berhampiran anak sawit, berjaya mencegahnya daripada dimusnahkan babi hutan yang gemar memakan anak sawit.

“Sebelum ini, jika kami tanam 300 anak sawit hari ini, keesokannya kita akan dapati semua pokok berkenaan musnah digali dan dimakan babi hutan.

“Bagaimanapun, selepas menabur rambut manusia berhampiran pokok sawit, anak pokok tidak dimusnahkan babi hutan. Kejayaan yang dicatatkan ialah 95 peratus,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di pulau itu baru-baru ini.

Related Posts

Oh! Rumah Dalam Tandas

Oh! Budaya Gantung Patung Bawah Kereta

Oh! Kek Manusia

Oh! Beruang Tersangkut Di Tebing Jambatan

Oh! Tradisi Makan Serangga

Oh! Koleksi Kemalangan Tak Masuk Akal


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *