86 orang dah join contest OH OH OH dengan menhantar gambar-gambar menarik (bagi mereka) yang mungkin ada yang diambil di internet dan ada juga yang dibikin dengan kamera sendiri. Tidak dinafikan, pemilihan gambar paling menarik agak susah dilakukan oleh kerana agak ramai pembaca yang join. Apapun kami cuba jugalah memilih yang paling baik.

Yang tak menang pun, gambar-gambar mereka akan dikeudarakan juga di Oh! Tidak ni nanti. InsyaAllah. Apapun terima kasih di atas kesudian korang untuk menghantar gambar-gambar menarik kepada Oh! Tidak. Oh! Tidak sebenarnya adalah medium untuk menggabungkan kegembiraan anda dengan orang lain. Kiranya, jika anda gembira dengan sesebuah gambar atau video, beritahu kami dan kita sama-sama berkongi pada satu dunia. Kool bukan?

Ada yang hantar sekali banyak gambar, ada yang hantar gambar hantu, ikalan, gambar yang di’photoshop cantik, gambar eksiden, gambar himpunan gigi yang dah dicabut, gambar binatang menangisi pemergian kawan dia yang mati, gambar manusia-manusia yang sengal dan banyak sangat lagi yang memang kelakar. Siapa yang hantar lagi banyak gambar tu, lagi cerah la peluang untuk menang kan? Begitu juga yang hantar gambar yang dibikin sendiri. Ada sorang awek ni hantar gambar dia ngan kawan-kawan bermain-main di tepi pantai.. yes, i like it.. ehehe. Tapi dia patut submit untuk Oh! Cun bukan Oh! Tidak. Apapun, semuanya kami pertimbangkan dengan baik dan cermat..

Gambar yang pernah keluar di Oh! Tidak adalah automatik di’reject dan gambar yang terlalu kecil saiz’nya juga di’reject.

Dari 86 yang menyertai, kemudian ditapis hingga menjadi 10 orang.. Dan kemudian ditapis lagi menjadi 2 orang.. Dari 2 orang ni, terpaksa pilih yang paling bertuah la..

Jadi pemenang bertuah untuk contest OH OH OH adalah…..


Dari Ahmad Hafizuddin (madhorsecrew@gmail.com)

Kereta spoiler di depan yang amat jarang kita lihat dan nyata sekali OH! TIDAK untuk tuannya!!

Yang tak berjaya, takpe nanti Oh! Tidak pasti akan buat contest lagi. Yang ni 1st contest baru. Saja nak test power kan dan nampaknya korang begitu sporting sekali untuk join even hadiahnya ape lah sangat, Topup 10 tu. Rasanya korang tak heran pun tapi demi Oh! Tidak ni, korang share dan join jugak kan?

Tahniah kepada diri anda sendiri dan setinggi-tinggi syabas kepada pemenang bertuah kita…. gambar-gambar dari anda yang menyertai contest ini, akan dipaparkan satu persatu di sini nanti.

Kepada pemenang, Ahmad Hafizuddin sila email kami nombor telephone anda. (email yang sama untuk submit gambar)..

Wassalam..

Related Posts

Terima Kasih

Oh! A. Samad Said Di Kehendaki Oleh Polis

Oh! Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Oh! 40,313 Ahli Kongsi Gelap Dan 49 Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN

Oh! Penjelasan Isu “Rancangan Menghapuskan Sultan?”

Oh! Rancangan Menghapuskan Sultan?


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *