Sebagai menghargai jasa para pembaca OhTidak yang kini dah menjangkau hampir 2000+ pembaca setiap hari, kami ingin adakan sedikit contest ringan-ringan.. Contest nye sangatlah mudah.. Nak yang berat-berat tunggu nanti yer.

Korang hanya perlu menghantar 1 (satu) sahaja apa-apa gambar yang paling menarik dalam PC korang. Lebih pun takpe. Tidak kiralah ianya kelakar, seram, sengal atau apa sekalipun, asalkan kalau itu korang rasa adalah cukup terbaik dalam PC korang, just hantarkan aje lah. Tak kiralah gambar lama atau gambar baru. Lagi afdhal kalau tak pernah lagi keluar Oh! Tidak. Kalau ada gambar yang korang sendiri tangkap pun, lagi bagus kan?

Hantarkan terus kepada email berikut: khaixy@gmail.com

Paling penting, letakkan subjek email korang sebagai “OH OH OH” bagi menandakan email yang korang hantar tu, sebagai satu penyertaan dalam contest ringan ini. Dan jangan sesekali forward mana-mana email orang lain. Untuk contest ini sahaja, tolong attach’kan semula dengan kemas dan hanya hantarkan kepada satu email seperti yang tertera di atas.

Mudah kan? Disebabkan contest ni senang semudah ABC, hadiah yang akan diberikan berupa…

Topup RM10 mengikut line yang korang guna akan dihantar terus melalui mana-mana email yang membuat penghantaran paling kretif di mata juri. Boleh la hadiah banyak gitu kan? Bukan suruh keluar peluh pun.

Tarikh tutup 27 Februari 2009 tepat jam 12 tengahari..

Ok, kita nantikan pemenangnya. Good luck guys!! 8)

Related Posts

Terima Kasih

Oh! A. Samad Said Di Kehendaki Oleh Polis

Oh! Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Oh! 40,313 Ahli Kongsi Gelap Dan 49 Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN

Oh! Penjelasan Isu “Rancangan Menghapuskan Sultan?”

Oh! Rancangan Menghapuskan Sultan?


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *