Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi bekelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan Kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut.

Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka…

Kekura I : ermmm….. salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III
Kekura III : Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Nanti sure nkorang bedal makanan ni semua.
Kekura II : Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang.
Kekura III : Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : Kalau 3 jam ??
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : Kalau 1 hari ??
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : 5 hari????
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : 1 minggu?
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu
Kekura III : 2 minggu?
Kekura I & II : Kitorang akan tetap tunggu!!!!!!! nko pegi jek lah!!!!!!!!

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu, Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar…

Kekura I : Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah
Kekura II : Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih makanan ni
Tiba-tiba Kekura III muncul dari blakang semak…
Kekura III : Hoii !!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi… kalau tak sure nkorang abiskan makanan ni kan kan ??

Ah sudaaa ~ + Thanks R3dpEanUt

Related Posts

Oh! Pikachu

Oh! Koleksi Aksi Sengal Rider Yang Berjaya Dirakamkan

Oh! Kucing Hisap Nenen

Oh! Berbuka Puasa Dengan Box Motor

Oh! Bila Noob Edit Gambar

Oh! Kamera freemason


Comments

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *