Categories
Ada Apa?

Oh! Kita sebenarnya…

Kita sebenarnya… Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.

Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.

Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat.

Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.

Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang.

Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.

Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum.

Kita sebenarnya… Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid.

Kita sebenarnya… Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri.

Kita sebenarnya… Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.

Kita sebenarnya… Lebih suka pergi konsert, karaoke daripada ceramah agama.

Kita sebenarnya… Lebih suka mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang.

Kita sebenarnya… Lebih suka mencarut apabila melatah daripada menyebut nama Allah.

Kita sebenarnya… Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan.

Kita sebenarnya… Lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan.

Kita sebenarnya… Lebih suka bersekongkol dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik.

Kita sebenarnya… Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat.

Amacam? + via Azizwan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *